Monday, December 12, 2016

"Hutang & Pelaburan" (siri 3)

Berharap, ini merupakan siri terakhir bagi tulisanku mengenai isu "Hutang & Pelaburan". Antara sebabnya, diri ini mulai 'bosan' menulis/mengulas perkara yang hampir serupa. Bezanya cuma, penghuraian, sudut pandang dan contoh sahaja yang ditukar rupa, bagi tulisan entry bersiri...

Yes, sekiranya anda melihat/membaca kembali 2 jenis entry di blog iaitu Gaji, Inflasi dan Pelaburan? "Hutang dan Pelaburan" (kedua-duanya sudah siri ke-3), anda mungkin akan perasan sesuatu. Iaitu, isu utama kedua-duanya adalah hampir serupa. So, aku harap ini adalah entry penutup bagi kedua-dua siri tersebut (InsyaAllah).



Financial crisis yang 'bakal' berlaku lagi?

Yes, aku masih berpandangan masalah kewangan hari ini ialah "Hutang & Pelaburan". Dan, financial crisis yang berlaku sebelum ini, "kebanyakkannya" tidak diubati. Malah, ditambahi.

Umpama, seseorang yang sedang ketagihan dadah yang sedang sakit. Mereka tidak diubati sebaliknya terus diberi dadah agar keadaan mereka kembali 'tenang' seketika. Lagi dan lagi, sehinggalah sampai satu masa, badan tidak mampu lagi menerima (mati). Begitulah perumpamaan keadaan kewangan hari ini. Pakej "penyelamat ekonomi" dengan "mencipta lebih banyak lagi wang di pasaran". Sehingga suatu hari nanti, ekonomi juga akan 'mati'.



Sering sekali aku highlight mengenai "Hutang & Pelaburan", dengan slogan "Hutang itu ikatan, Pelaburan itu angan-angan!".

Kebanyakkan kita hanya nampak, hutang itu sahaja teknik "Money creation". Padahal, pelaburan itu juga sama. Kedua-duanya "mencipta wang". Kes ini hampir serupa dengan mindset kita soal ujian. Kemiskinan itu dipanggil ujian, kekayaan pula entah apa?



Jika diteliti, ada perbezaan dalam aktiviti hutang yang diamalkan zaman jahiliyyah dengan zaman sekarang. Pointnya disini soal 'money creation'. Zaman jahiliyyah, mereka hanya memberi "pinjaman" sekadar wang yang disimpan. Berbeza dengan zaman sekarang. Bank boleh memberi "pinjaman" melebihi wang yang disimpan, malah boleh "menciptakan".  Dan, adalah sesuatu yang tidak pelik jika anda mendengar kenyataan bahawa ;

 "96% wang yang ada pada hari ini, tidak wujud secara fizikal". Well, bank sudah 'maju' kehadapan...

Formula Credit Creation & Money Multiplier.


Pelaburan? Bagaimana ianya mencipta wang?

Mungkin segelintir kita aneh. Maklumlah, perkara ini tidak diajar di sekolah mahupun IPT. Bagaimana "pelaburan" mencipta wang? Ada formula kah?


Yes, sudah tentu ada formulanya. Cuma, kita sahaja tidak berapa perasaan. Formulanya simple.

Present Value (PV) = Future Value (FV)

Benar, teknik "mencipta wang" dari sudut pelaburan berasaskan konsep "Compounded" & "PV = FV". Mudahnya, teknik ini mencipta wang dengan menilai harga sesuatu barang pada masa ini berdasarkan harga di 'masa hadapan'. Malahan, boleh 'digandakan' (compounded).


Pernah anda melihat table "pulangan pelaburan"? Jika belum, kunjungi stokis/agent pelaburan yang berdekatan....

Cuba anda bayangkan, sekiranya anda melabur sebanyak RM 100 ribu dengan pulangan 8% setahun selama 20 tahun, anda akan menerima wang pelaburan sekitar RM 466 ribu!. Giler banyak kan? Berkali ganda habak hang.

Persoalannya, dimanakah wujudnya tambahan RM 366 ribu itu, jika ianya tidak "diciptakan"!.


Falsafah generasi Z

Yes, "Work Hard, Think Smart & Compoundedkan". Aku fikir, maksud 'work hard & think smart', semua orang sudah maklum. It's simple, ianya mengenai usaha (work hard) & kebijaksanaan (think smart).

Berbicara erti "compoundedkan" pula, sebenarnya ada 2 makna. Makna biasa bagi orang biasa ialah 'mengandakannya' iaitu dengan Work hard darab Think smart. Itu maksud umum

Namun, bagi orang yang memikir jauh lagi, ada maksud lain ingin aku katakan disini. "Compounded" diatas sebenarnya merujuk kepada teknik 'money creation'. Yes, teknik Hutang & Pelaburan mencipta wang. Dan, inilah masalah dunia kewangan masakini. Bukannya inflasi!.


Penutup :

Akhir kata, tulisan diatas hanyalah contoh ringkas & mudah. Aku fikir, tidak usahlah aku huraikan secara lebih detail & susah. Dibawah aku selitkan ketiga-tiga 'Quote' diriku berdasarkan pengalaman & pengajaran hidup setakat ini.

*Sejauh mana anda & aku memahami, bergantung sejauh mana sudut pandang kita. Adakah hanya sekadar berlegar dalam ruangan dan skop "dunia" atau sehingga ke kehidupan akhirat sana?


Dan, aku senaraikan tulisanku yang berkaitan dengan my 2nd Quotes (Hutang itu ikatan, Pelaburan itu angan-angan). Sekiranya berminat, anda boleh membaca tulisanku yang lain didalam di blog ini. Bagi memudahkan pencarian, aku listkan link seperti dibawah ;


"Hutang dan Pelaburan" (Siri 1)
"Hutang & Pelaburan" (siri 2)
"Hutang & Pelaburan" (siri 3) : *entry ini.

DAN

Gaji, Inflasi dan Pelaburan? (siri 1)
Gaji, inflasi & pelaburan? (siri 2)
"Gaji, Inflasi & Pelaburan" (siri 3)



Yang Benar,

Fedli Isa (Slumb)
"Hutang itu ikatan, Pelaburan itu angan-angan!".

Monday, December 5, 2016

"Universiti Kehidupan" (Tahun Pertama)

Entry kali ini, aku mulakan dengan sebuah kata dari slot Ibrah, di Ikim FM ;

"Jika anda TERLIHAT awan, ianya adalah Sejarah.
Jika anda MELIHAT awan, ianya adalah Ibrah".

Maksudnya, lebih kurang begini. Ramai orang mempunyai pengalaman yang hampir sama seperti kita, namun penghayatannya mungkin tidak serupa. Maka, tidaklah pelik sekiranya ada rakan anda yang sering ditipu oleh skim cepat kaya berkali-kali. Kerna, sering kali kita sekadar "terlihat" bukannya "melihat", apatah lagi "merasai" apa yang terjadi.


Alhamdulillah, setelah bergraduasi sebagai mahasiswa BBA Islamic Finance pada tahun lalu (2015), kini aku menyambung lagi "pelajaran" di dalam universiti kehidupan. 



Secara ringkasnya, aku listkan beberapa perkara penting yang berlaku tahun lalu iaitu Abangku Accident (koma) & kedua nenekku meninggal dunia. Serta, aku mulai memahami lebih mendalam mengenai Introvert & Dyslexia. 


Manakala, kisah 2016 pula sedikit berlainan. Namun aku fikir, ianya berkaitan. Iaitu, menerima sepucuk surat dari Hospital & mendapat offer bekerja di sebuah bank (kerja tetap pertama selepas bergraduasi). Kemudian, dengan mengejutnya aku membuat keputusan untuk berhenti kerja & ingin "mengembara".



Kenapa 'mengembara' ke Korea?

Sebenarnya Korea bukanlah destinasi yang ingin dituju. Ianya hanya negara altenatif kerana destinasi sebenar (Australia) 'sukar' untuk dimasuki buat masa ini. Jumlah Rakyat M'sia yang bekerja di Korea tidaklah ramai. Masih "baru" perkampungan disana. Berbeza di Australia, sudah "lama". Padaku, batch kami merupakan bahan ujikaji untuk menjadikan Korea sebagai destinasi altenatif buat masa ini & seterusnya.

Oh ya, aku seorang sahaja "orang luar" dalam batch aku. Dan, selebihnya adalah dari Kelantan. Haha... Kerja giler kan? Namun, aku ada sebab & alasan sendiri. Sejak mula lagi, aku tidak kesah jika terpaksa mengembara sendiri.


Daripada pemerhatian jenis orang yang mengembara, kebanyakkan berasal dari negeri Kelantan & Sabah. Aku fikir, ada 2 point utama yang mendorong mereka iaitu dari segi masalah "politik" & "ekonomi" dinegeri mereka. Manakala, dari sudut jenis pekerjaan di M'sia, segelintir besar mereka adalah peniaga kecil-kecilan (*keuntungan bulanan sekitar/bawah RM 10k). Memandangkan ekonomi kurang memberansangkan (kesannya, keuntungan perniagaan sukar menampung komitmen semasa), maka bekerja di negara lain dijadikan pilihan bagi 'menampung' bebanan hutang.


Yes, mostly komitmen mereka agak tinggi. Antara satu puncanya ialah menganggap "keuntungan perniagaan adalah gaji bersih mereka". Dalam bahasa perakaunan, mereka tidak mengamalkan konsep "entiti berasingan". Dalam mengatasi masalah ini, usahawan perlulah dibayar gaji seperti pekerja lain. Tapi, itulah yang sukar sekali.


Oh ya. Golongan professional (banker, manager & etc) bukanlah golongan majoriti tetapi minoriti yang amat kecil. Disini juga, ingin aku tegaskan. Aku kurang bersetuju dengan hujah/fakta yang dibawa oleh "pemberita yang berlakon bekerja di Australia".  Ketahuilah anda tidak sesuai untuk kerja sebegitu. Beliau boleh dikatakan, 'seorang buruh kasar yang masih menganggap dirinya seorang wartawan'. Sudah tentu tidak dapat menjiwai sepenuhnya apa yang dilalui. Begitu juga komen balas daripada beberapa agent yang ingin menjaga "bisnes mereka".


Umumnya, antara persamaan aku & kebanyakkan orang yang mengembara ini ialah, masing-masing ada masalah & sebab tersendiri. And, mostly mengenai masalah "wang".


Agama di Korea? 

Berdasarkan lawatanku ke museum Korea, sejarah Korea banyak tertumpu mengenai agama Buddha. Kini, majority rakyatnya adalah atheis (tiada agama). Malah, ada 'sebilangan' yang menganut agama, tetapi tidak mengamalkannya (*serupa halnya dengan 'segelintir' orang melayu di perantauan). Mereka umpama, "mencari kehidupan, tanpa Tuhan". 

Daripada info website ini, peratusan yang beragama Islam di Korea Selatan ialah 0.2% (96,360 Orang). Yes, agak minoriti. Dan jika dibuat perbandingan, Masjid utama di bandar Seoul, saiznya umpama masjid di kampungku. Manakala, church/gereja agak banyak. Umpama, banyaknya masjid di M'sia. 


Bekerja di Korea?

Normally, ada 2 jenis kerja bagi warga asing iaitu kerja di ladang & kilang (*gaji lebih kurang sama. Sehari sekitar 60k won iaitu hampir RM230 sehari). Yes, kedua-dua jenis perkerjaan ini pernah aku rasai. Apa yang boleh aku katakan disini, kerja di ladang lebih teruk daripada kilang. Disebabkan, ladang mereka berbukit-bukit.

Antara pic semasa bekerja di Kilang konkrit.


Sekiranya anda ingin bekerja di Korea, mohon fikirkan TIGA perkara UTAMA dibawah. Sekiranya anda sanggup mengorbankannya/'bertoleransi", teruskanlah. Itu pilihan anda. Iaitu;

i) Bahasa. Mostly rakyat Korea tidak pandai bercakap English, begitulah keadaannya jika anda pergi ke negara komunis yang lain (Jepun, China). Mereka hanya bercakap dalam bahasa Korea (& 'segelintir' pandai bercakap bahasa Mandarin). Maka, kebiasaannya pergaulan kita sesama mereka banyak menggunakan bahasa badan/isyarat. 

Disini, aku semakin memahami. Kenapa penjajah membuat mitos, "pribumi pemalas". Apabila hang tak faham apa yang mereka kata, hang dituduh bodoh & pemalas. Mungkin, ianya serupa bab "dialek". Boleh saja aku berbahasa "banjar" seharian, dan menuduh orang lain sebagai bangang!. 


Namun, kehidupan ini bukanlah soal kita (diri) sahaja. Kehidupan ini juga mengenai mereka (masyarakat). Ketahuilah, kelebihan berbahasa bukanlah kayu ukur kepandaian kita, tetapi ianya adalah aset. That's why, dalam permohonan kerja, kemahiran berkomunikasi dalam bahasa lain dianggap "kelebihan", bukannya kepandaian apatah lagi merendahkan orang lain "bangang"!. 


Dan, sekiranya anda pandai berbahasa di Korea, ianya amat bagus kerana akan mengurangkan risiko anda ditipu. Well, disana pun banyak "keling" (cakap tak serupa bikin). 


ii) Agama. Memandangkan Islam adalah minoriti, agak sukar mengamalkannya disini. Umumnya, masyarakat Korea ini jenis 'suka bekerja', seperti negara komunis yang lain. Dalam seminggu, hanya sehari sahaja cuti iaitu Ahad. 

Namun, bagi pekerja asing, anda lebih daripada itu. Adalah normal, jika anda bekerja 7 hari seminggu. Yes, tiada cuti. Malah, ditambahi OT (Over-time). Ada juga kes, pekerja M'sia kena pecat sebab tidak ambik OT (*Tak ambik OT pun, kena pecat tau. Giler x? Haha...)

Point yang ingin aku kaitkan disini ialah "dimana waktu anda untuk beribadah?". Dan, apa yang boleh aku kata disini, "Kemungkinan anda tidak solat 3x jumaat berturut-turut adalah tinggi". 


iii) Makanan. Memandangkan Islam adalah agama minoriti, makanan Halal adalah sukar untuk didapati. 


Note : Mengenai kerja di Korea, aku tidak menganggap ianya sebagai cabaran yang besar berbanding TIGA perkara diatas. Yes, anda di sana umpama "bangla di M'sia". *mungkin lebih teruk sikit.

Bagiku, pengalaman bekerja di Korea bagus dalam mendidik anda sebagai seorang majikan & pekerja. Mengenai hak & tanggungjawab sesama kita.




Adakah berbaloi 'mengembara' ke korea?

Soalan ini, bergantung kepada siapa yang anda tanyakan. Jika ditanya padaku (ex-pekerja bank), dari sudut material ianya tidaklah berbaloi mana, berbandingkan 3 perkara utama diatas yang terpaksa aku 'bertoleransi'. Ketahuilah, nikmat terbesar kita adalah Iman & Islam. 

Dari sudut wang, gaji bulan pertama anda sebenarnya banyak digunakan bagi menampung semula kos membayar agent/flight serta kehidupan anda disana. Bulan ke-2 & seterusnya, barulah dianggap 'keuntungan'. Aku fikir, keadaan pekerja asing di M'sia juga lebih kurang serupa. Wang anda banyak dihabiskan untuk membayar agent sahaja. Maka, tidaklah pelik jika segelintir orang baru juga ingin menjadi agent. Lumayan bang~ (seorang boleh dapat RM600 hingga beribu2). btw, nasihatku, jangan terlalu percaya agent anda terutama yang tumbuh seperti cendawan. Banyak keling (cakap tak serupa bikin). 

Berbicara mengenai mencari kerja di korea, ia amat mudah. Ada wang (bayar agent), semua boleh jalan. Boleh dikatakan, dalam masa 2-3 hari bekerja, anda sudah dapat kerja (*tidak boleh memilih). Yes, ini soal illegal worker. Gampang kan?  Aku fikirkan, keadaan pekerja asing di M'sia & negara lain juga lebih kurang sama.  



Idea/pandanganku :

Padaku, isu pekerja asing tidak akan selesai. Namun, ianya boleh dikurangkan & dikawal dengan lebih terurus. Begitu juga soal rakyat M'sia yang ingin bekerja buruh di luar negara. Antara masalah ekonomi yang menyebabkan migrasi ialah soal pengagihan "gaji". Bayangkan, anda boleh dapat RM 5,000 - 7,000 sebulan jika bekerja di negara seperti Korea. More than, 2x ganda daripada gaji sedia ada di M'sia. 

Disini, aku melihat isu ini perlu dikawal, bukannya dibanteras. Antara yang aku syorkan kepada pihak berwajib seperti ;

1. Perbanyakkan "permit kerja" rakyat M'sia bekerja di negara maju yang lain. Sekiranya kerajaan M'sia boleh memperbanyakkan permit untuk warga asing datang ke M'sia, kenapa tidak rakyatnya? 

Disini juga, aku sarankan agar permit kerja itu diberi keutamaan kepada golongan mahasiswa/i IPT terlebih dahulu berbanding orang awam yang lain (*dengan syarat, mereka mestilah telah lulus semua semester. Hanya belum konvo sahaja). *Bekerja sebagai buruh ini, bukanlah wajib. Tak nak, xpe. 

Ada banyak sebab mengapa aku mengatakan bahawa "golongan berpendidikan sepatutnya diberi keutamaan" dalam soal ini. Antaranya ialah, bagi 'melembutkan hati' & keluar dari zone selesa (Banyak cerita orang alim dalam mendidik diri dengan melakukan kerja low-class seperti membersihkan tandas masjid). Disamping itu, gaji bekerja sebagai buruh itu boleh dijadikan sebagai modal untuk memulakan perniagaan apabila sudah bergraduasi. Sebab ketiga pula, adalah lebih cepat & mudah memberi pengalaman kepada golongan berpendidikan. *Disini perlu kita sedari, ada beza orang yang berilmu dengan kurang ilmunya. Dan, belajar teori & praktikal (pengalaman) itu lebih laju berbanding hanya belajar dari pengalaman sebatang. 

Daripada pengalamanku "keluar" dari comfort zone ke "learning zone", banyak perkara yang tidak pernah aku lakukan di M'sia, mampu dilakukan semasa diluar zone selesa. Contohnya, jika di M'sia badanku sakit, keesokkan hari akan ambil 'MC'. Tapi, tidak di Korea. Yes, banyak perkara melebihi limit & kebiasaanku semasa di M'sia. 



Dilemma M'sia menuju negara maju?
Sudah tentu, ada suara kedengaran sambil memperlekehkan. Macam mana nak maju, jika rakyat kita sendiri bekerja low class di negara lain. 

Namun, mungkin kita tidak tahu? Negara China yang merupakan ekonomi ke-2 terbesar juga pembekal tenaga kerja kepada korea (buruh kasar). 

*btw... Bukan semua mahasiswa sanggup & mampu buat kerja seperti bangla. I'm serius. Buktinya, boleh baca pengalaman wartawan yang bekerja buruh di Australia. Namun, bagi mahasiswa yang berasal daripada keluarga kurang berada & terbiasa buat kerja kampungan, kerja sebegini tidaklah seteruk mana. 


Kenapa kita diuji?

Semakin sukar ujian, semakin meningkatkan levelmu. Tidak perlu jauh-jauh, lihat saja pendidikan di sekolah/IPT. Untuk memasuki tingkatan 1, anda harus melepasi ujian yang bernama UPSR. Begitu juga jika ingin melanjutkan pengajian di IPT, harus melepasi ujian seperti SPM. Dan, bukan semua akan "diuji" di IPT.



Kadang kala, kita ini aneh. Tidak suka akan namanya ujian. Jika boleh, mahu ujian yang gampang-gampang sahaja. Umpama, tidak mahu naik tingkatan. Seharusnya sebagai muslim, hari ini perlu lebih baik daripada semalam. Jika anda diuji dengan kekayaan, kemiskinan, kesukaran, kesakitan & etc. Ketahuilah, anda insan terpilih. 

*petikan dalam salah satu suratku kepada 'someone' beberapa tahun lalu. Yup, ayat mengorat~


Penutup :


Adakah aku akan mengembara lagi?

Haha... Plan mengembara kembali, aku letakkan sebagai plan C. Dan, korea bukanlah destinasi yang utama. Sebabnya, 3 perkara utama yang aku jelaskan diatas, ditambah dengan persoalan yang sukar aku menjawab iaitu..... Bukankah bumi Allah ini Luas?


Yes, bekerja di korea anda boleh menyimpan sekitar 5k sebulan (pendapatan kasar sekitar 7k). Tapi, banyak perkara terpaksa 'dikorbankan' termasuklah agama.

Ketahuilah... "Mencari kehidupan tanpa Tuhan itu menyesatkan!"



InsyaAllah, aku tidak menyesal dengan apa yang telah terjadi tahun ini. Dan, aku percaya. Semua ini dalam Qada' & Qadar yang telah ditentukan Allah. Suka juga aku ungkapkan kembali sebuah persoalan, kenapa kita berusaha sedangkan takdir kita sudah ditentukan...

Ketahuilah... Aku berusaha kerana aku tidak mengetahui.

"Kisah hidupmu bukanlah seperti Novel. Kerna, Novel ditulis oleh tangan manusia. 
Bukannya dari Tuhan yang Maha Pencipta".




Jika ditanya padaku, apakah hikmah mengembara? 
Jawapanku ialah mengajar bahawa "diri akan pergi". Dan, inilah tema utama universiti kehidupanku tahun ini, dari sudut pekerjaan, kehidupan & pengembaraan.




Selain itu, antara hikmah yang lain ialah 'jarang berasa risau mengenai wang'. Ya, hidup seperti seorang musafir yang tidak banyak barang ingin dibeli. Serta, mungkin sebab matawang disini agak asing bagiku (selalu bermain duit Ringgit Malaysia ja). Disini juga perlu kita sedari bahawa ada perbezaan antara "melancong dengan mengembara". Kebiasaannya, orang melancong hanya untuk 'bergembira , bukannya sebaliknya.


Akhir kata, tertarik untuk berkongsi sebuah cerita mengenai satu soalan yang ditanya kepada seorang pengembara. Apabila ditanya ; "Apakah pengajaran yang engkau dapati selama mengembara ke semerata negara?"

Jawabnya ; "Aku dapati, manusia tidak pernah puas dengan kehidupan dunia. Kerna, dunia bukanlah tempat asalnya....".


Jawapan diatas ini juga ada persamaan dengan kata-kataku (Quote ke-3 daripada dunia mimpi). Iaitu;

"Jangan jadi seperti kebanyakkan manusia yang tidak berpuas hati dengan dunianya".



Kini, aku semakin memahami. Kenapa beliau menggunakan perkataan "manusia", bukannya seperti kebanyakkan orang yang sering membezakan berdasarkan 'bangsa' & 'negara' (contohnya, orang barat, orang timur, orang arab, orang melayu, orang cina & sebagainya).

Daripada permahaman inilah, apabila ada rakan-rakanku yang bertanya ; "Best tak Korea?" & beberapa persoalan lain. Sering aku menjawab secara simple, iaitu ; Biasa ja. Dimana, aku masih berjumpa dengan 'manusia' dan masih hidup di atas bumi yang serupa.


Oh ya sebelum terlupa. Dari sudut word yang banyak kali aku ketemu tahun ini adalah 'Redha' & 'Kebanyakkan Manusia'. 


Note : It's okay jika anda sukar memahami beberapa pandangan/nukilan ini. Mungkin juga kerana kita berbeda & tidak serupa. Ya, kadang-kadang aku terbuai dengan personaliti 'minority of minority' (Introvert & Dyslexia). Namun, aku percaya, "Everyone is gifted, but some people don't open their package". Manakala emakku pula berkata ; Nama 'fedli' kat M'sia ni, emak rasa hang seorang ja.


Fedli Isa (Slumb)

Percayalah! 
Suatu hari nanti, engkau akan ketawa/tersenyum mengimbau kisah lalumu, yang pernah engkau lalui.

Saturday, August 27, 2016

"Gaji, Inflasi & Pelaburan" (siri 3)

Sekiranya anda masih belum membaca siri sebelumnya, bolehlah membaca di link dibawah :

1. Siri 1 : Gaji, Inflasi & Pelaburan
2. Siri 2 : Gaji, Inflasi & Pelaburan


Sesungguhnya, sesuatu yang pedih apabila apa yang berlaku tidak seperti apa yang kita tidak rancangkan. Benarlah kata pujangga ; "Kita hanya merancang. Allah sebaik-baik perancang".


Setelah "terpaksa" membatalkan perancangan merantau seketika, aku kembali menyambung entry ini.

Firman Allah swt dalam Al-Quran ;

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepada kalian, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah:155)


Emas Atau Kambing?


Ya, aku bersependapat dengan pandangan bahawa "Emas itu kalis inflasi". Malah, jika anda menelusuri sejarah, banyak bukti-bukti mengatakan begitu. Ya, tidak disangkal lagi bahawa emas adalah sebaik-baik matawang.


Namun, adakah emas kalis pelaburan?

Sudah tentu tidak. Kerna, manusia mewujudkan "pelaburan" bagi mendapat pulangan melebihi kadar inflasi. Kiasannya,... manusia bukan sahaja tidak ingin wang mereka ditelan arus inflasi, malah bercita-cita wang tersebut 'terbang lebih tinggi' .


Maka, ada segolongan yang lain berpendapat. Lebih baik membela kambing.
Buktinya, kambing itu membiak-biak. Sebaliknya, emas tidak 'membiak'.

Ya, memang benar. Konsep "membiak" itu adalah "pelaburan". Proses "memberanakkan wang". Namun, harus di ingat. Setiap pelaburan itu ada risikonya. Dan, menjaga/membela kambing bukanlah seperti anda membela lembu, apatah lagi kucing. Ianya umpama "anda menjaga manusia". Malah, sekiranya anda memegang talinya, belum tentu anda dapat mengawal kakinya. Jika tidak percaya, cubalah sendiri. *Mungkin, ini antara hikmah, kebanyakkan para Nabi adalah pengembala kambing.






Economy Crisis Atau Financial Crisis?

Padaku, ada beza antara "Economy Vs Financial" crisis. Disini, perlu kita fahami. Ada beza, aktiviti real economy dengan non-real economy. *Sekiranya tidak mengerti, sila Google.


Sebagai Muslim, apabila berbicara mengenai Krisis Ekonomi, sering kita mengaitkan dengan kisah Nabi Yusuf A.S dalam mentadbir sumber ekonomi.

Kadang-kala, aku tertanya. Adakah kisah Nabi Yusuf AS tersebut mengenai krisis kewangan?
Krisis dimana kekurangan/lambakkan wang dipasaran, akibat aktiviti "pinjaman & pelaburan" yang dilakukan?


Tidak!. Sebaliknya mengenai sumber ekonomi seperti tanaman, ternakan dan berkaitan. Ya, mengenai aktiviti "real economy". Namun, aku tidak menolak, ibrah daripada kisah ini, boleh diaplikasikan dalam perancangan kewangan. Kerna, kewangan itu adalah salah satu tajuk kecil dibawah tajuk utama iaitu Ekonomi. Dan, aku berpandangan bahawa kebanyakkan krisis yang berlaku hari ini adalah "Financial Crisis" (bukannya Economy Crisis) yang didorong oleh aktiviti "pinjaman & pelaburan" yang dilakukan. Ya, Asian financial crisis (1997-98) & Subprime mortgage crisis (2007-09) antara contohnya.


Pointnya disini, kita harus kembali kepada persoalan asas & masalah sebenar. Apa masalah ekonomi dari sudut pandang Islam? 

Ya, masalah ekonomi dari sudut Islam ialah "Distribution" (Pengagihan). *Boleh kaitkan dengan  kisah Nabi Yusuf AS dalam mentadbir/mengurus sumber ekonomi.


Manakala, masalah kewangan dalam dunia hari ini pula ialah "Hutang & Pelaburan". (*Rasanya, tidak perlu dibahaskan mengenai sistem kewangan, money creation, sistem compounded & etc disini. Kerna, bukan semua mengerti). Bagi entry mengenai "Hutang & Pelaburan" yang lalu boleh klik disini.


Padaku, tidak salah jika anda ingin membuat "Hutang" mahupun "Pelaburan". Cumanya, ianya perlu dikawal/ ditadbir bagi mengelakkan ia menjerumus kepada masalah (*sepertimana, kisah Nabi Yusuf AS). Dan, mengikut Islam, hutang ini terbahagi kepada 3 tahap (dari segi konvensional, hanya berbicara mengenai 2 iaitu Kehendak & Keperluan). Begitu juga soal "pelaburan" padaku.


Apabila berbicara soal "Pelaburan", topik yang sering panas ialah pelaburan hartanah. Ya, sekelompok masyarakat yang suka membeli aset tersebut untuk dijadikan pelaburan (bukan tertumpu kepada golongan bumiputera sahaja). 

Adalah tidak wajar agar pelaburan hartanah itu dihapuskan. Tapi, ada cara yang lebih baik lagi iaitu ianya "perlu dikawal". Seperti, perlu adanya undang-undang yang menghadkan pemilikan hartanah bagi individu (max, 2 buah rumah bagi seorang penama, sebagai contoh). Manakala, jika mahu membeli lebih banyak lagi bagi tujuan pelaburan, disarankan bukalah syarikat. Apa susah?


Ada sebab aku mengatakan begitu. Antara sebabnya :

1. Rumah pertama normally dianggap "liabiliti" sebab kebiasaannya ianya didiami oleh keluarga sendiri. Rumah ke-2 pula, barulah kebiasaannya dianggap asset/ memberi aliran tunai kerna digunakan utk pelaburan/jual beli/sewaan. *Point ini, menunjukkan aku bukanlah kejam sangat dalam memberi cadangan (Sebab tidak wajar "pelaburan" itu dihapuskan, cuma ianya perlu dikawal). If nak membeli rumah lebih, kawinlah ramai atau bukalah syarikat as perniagaan.


2. Kebiasaannya, mereka yg suka menjual rumah (dlm tempoh singkat) ialah golongan individu. Pointnya lain, motif penubuhan sesebuah syarikat bersifat long-term. So, lebih fokus kepada penyewaan. Sekaligus, mengurangkan aktiviti pertukaran nama pemilikan hartanah. 

Sudah tentu anda pernah dengar "golongan' pelabur hartanah "perli";

Jika beli 200k, takkan nak jual balik 200k jugak kan? Mestilah nak untung gak. Seperti jual balik 300k keatas ka...


So, dengan pengurangan aktiviti pertukaran nama pemilikan hartanah/rumah ini, sekaligus mengurangkan fenomena 'kenaikan harga hartanah'. Kerana, setiap individu hanya boleh beli max 2 rumah. Jika satu didiami, maka satu tu jelah nak dibuat pusing memusing (jual beli). Take time kan.. Biler agaknya nak kaya dengan 'dunia'?

Selain itu, ada konsep perakaunan seperti entiti berasingan, konsep berterusan & pelbagai lagi. Disamping, ianya lebih menguntungkan kerajaan & kebanyakkan rakyat yang berpendapatan rendah & cetek ilmu kewangan (terutama pelaburan). Sekiranya berminat, boleh membaca entry "4 point Utama Penentu Harga" disini.


Note : Jawapan kepada masalah kewangan masakini diatas adalah daripada pemahaman, pemerhatian & pengalaman penulis. Dan, masih belum menjumpai mana2 kajian/buku mengatakan seperti ini. Yang biasa dijumpai, buku2 yang membicarakan sistem perbankan konvensional. 



Generasi Z?

 


Mungkin ia sesuatu kebetulan. Dimana berubahnya zaman, berubah juga kepanjangan nama anak yang diberikan. Suratan atau kebetulan?


Kita imbas kembali entry siri yang lalu :

Generasi X (*Anggaran sekitar tahun 1950-an kebawah) : Mereka mempunyai falsafah "Work Hard is Enough". Atau dengan bahasa mudahnya, sesiapa yang berusaha lebih, dia dapat lebih. Dan, vice versa.

Generasi Y (Sekitar tahun 1980-an) : Falsafah mereka ini, mula bertambah kepada "Work Hard & Think Smart". Dimana, graduan keluaran universiti amat disanjung tinggi ilmu mereka oleh masyarakat. Dikatakan juga, bermulanya era teknologi.

Generasi Z (Sekitar tahun 2016) : Falsafah mereka semakin bertambah kepada "Work Hard, Think Smart & Compoundedkan!". Era dimana, doktor pakar di Hospital, jurutera & sebagainya umpama 'terpaksa' mempelajari ilmu pelaburan/kewangan. Zaman ini juga, sekiranya anda belajar tinggi-tinggi, anda tidak akan dipandang tinggi seperti era generasi Y. Kerna, manusia kini bukan menilai dari sudut kepandaian, tapi juga dari sudut WANG!. Kadang-kala pula diperlekehkan ; 'Baru graduate, dah banyak hutang'. Oh ya, Generasi ini juga terkenal sebagai generasi yang suka bermain dengan "future". PV = FV!


Sekiranya ditelusuri, kita dapat lihat penambahan bilangan suku kata nama anak yang diberikan (mengikut zaman), seperti lebih kurang sama dengan perkembangan pertukaran generasi dan falsafah yang mereka gunakan.


Kadang-kala, aku tertanya. Siapakah yang mula-mula memberi gelaran kepada Generasi X & Y ini?

Ya, ia umpama abjad ABC until Z. Dimana, Z mewakili generasi terakhir bagi kitaran ini. Adakah dunia sudah dipenghujungnya?

Apa yang pasti, tanda-tanda kiamat kecil telah lengkap terjadi. Cuma tinggal, tanda-tanda kiamat besar untuk berlaku. Padaku, ianya sudah cukup sebagai hujah mengatakan kita di generasi akhir zaman. Kerana, tanda-tanda ini Allah & Nabi yang khabarkan.


Note : Gelaran bagi generasi Z diatas adalah direka/dimasukkan oleh penulis sendiri.


Penutup :

Pertama, harus aku ulangi. Aku tidaklah membenci mereka yang bergiat dalam industri kewangan hari ini. Malah, aku tersenyum apabila semakin ramai pihak yang berusaha bagi menyedarkan masyarakat bahawa pentingnya pengurusan hutang & kewangan, bahaya skim cepat kaya, kepentingan melabur dan sebagainya. Setidak-tidaknya, beban tanggungjawab yang ditanggung oleh graduan kewangan Islam sepertiku ini, lebih ringan. *Semasa di Universiti, antara matlamatku ialah "ingin menyedarkan bahaya skim cepat kaya, sekaligus kepentingan melabur".


Namun, takkala masa berlalu. Entah bagaimana, matlamat ini mula sedikit berubah. Terutama ketika mendapat sepucuk surat dari Hospital. Dan, ada sebab aku mengatakan ;

Berhati-hati dengan 2 perkara dalam dunia kewangan hari ini, iaitu "Hutang & Pelaburan". Kerna... Hutang itu ikatan, Pelaburan itu angan-angan!.


Warren Buffet ada mengatakan ; 

'Be Fearful When Others Are Greedy and Greedy When Others Are Fearful'

Sekiranya diperhatikan, ada 2 perkara yang diulang-ulang. Ya, Fear & Greed!
Ketakutan & Ketamakkan ini sebenarnya amat berhubung rapat dengan sabda Nabi mengenai umat akhir zaman yang lemah umpama buih-buih di lautan. Iaitu, Al-Wahn (Cintakan dunia yang berkait rapat dengan perasaan "ketamakan". Manakala, takut mati berkaitan perasaan 'takut'). 

Ya, aku percaya. Seorang muslim mampu menjadi pelabur yang lebih hebat di dunia serta di akhirat daripada Warren Buffet sekiranya bebas daripada penyakit al-wahn ini. 


Kesannya, beberapa perancangku turut berubah menjadi seperti ;

Sekiranya ada rezeki, ingin mengerjakan ibadah korban & membuat kenduri (*dalam keluarga, aku suka cara paklang aku dimana sering membuat kenduri. Padahal, beliau hanya bekerja kampungan). Disamping, ingin mengembara ke negara lain. Pointnya, bagi melatih diri meletakkan "dunia di tangan, bukannya dihati". Ya, aku jua memiliki al-wahn.



Fedli Isa
"Usahlah setakat Membaca. Jadilah seorang Pengembara. Juga seorang Peneroka".

Friday, July 15, 2016

4 Point UTAMA Penentu Harga

Di zaman ini, terdapat 4 point utama penentu harga. *Maaf, faktor BN (Barang Naik), tiada dalam list utama ini. Mungkin akan datang, saya tidak tahu lagi.




1. Cost & Know Yourself


Apakah barang yang ingin dikeluarkan, berapa & kos pengeluarannya.



Saya fikir, point yang pertama ini sudah ramai yang mengerti. Ya, ianya dipetik daripada 4 masalah asas ekonomi iaitu ;



i. APAKAH barang yang ingin dikeluarkan.(everything, have a reason/tujuan kan?)
ii. BERAPA yang hendak dikeluarkan
iii. BAGAIMANA cara untuk menghasilkan (Dan, mengenai Kos pengeluaran)
(*masalah asas ekonomi ke-4, berkaitan dengan point ke-2 nanti).


Untuk memudahkan pemahaman bagi point pertama ini, ianya mengenai "Kenali dirimu". Kenali dirimu sebelum anda membuat apa-apa dalam hidup. Suka saya nukilkan sebuah kata ;

Kebanyakkan kita bukan sekadar tidak "kenal" Tuhan, 
malah tidak "kenal" siapa disebalik bayang!.



2. "Players"

Mengenali diri sendiri itu masih tidak cukup untuk hidup di dunia ini. Kerna, kita terdedah dengan manusia yang pelbagai jenis ragam, watak dan perbezaan.

Sebab utama ke-2 ialah "players". Kita perlu tahu, siapa selain kita yang hidup dimuka bumi ini. Point ini boleh kita kaitkan dengan masalah ASAS ekonomi ke-4 iaitu;

iv. Untuk SIAPA sesuatu barang itu dikeluarkan?


Ketahuilah, ada beza harga makanan di Hotel VS di Warung, walaupun tukang masaknya adalah orang yang sama.

Rumusan bagi point ke-2 ini, saya kaitkan dengan kata-kata Sun Tzu dibawah;



3. Faktor Demand VS Supply

Dalam hidup ini, ada daya "tolakan" & "tarikan". Bergitu juga harga barang. Ianya berkaitan dengan permintaan dan penawaran antara "pemainnya" (buyer & seller). Jika di dalam pelaburan, faktor ini juga boleh dikaji menerusi Teknikal Analisis (TA). Ya, mengkaji, menganalisis & membuat 'prediction' pergerakan graph yang seterusnya berdasarkan simptom2 yang sebelumnya. Bak kata pepatah dalam Teknikal Analisis;

"History normally repeat itself". (*word "normally", aku tambah sendiri).


4. Present Value (PV) = Future Value (FV)

Point ke-4 ini, mungkin baru bagi kebanyakkan orang. Ya, ianya tiada dalam silibus pengajian bagi subjek ekonomi, tetapi ianya dari subjek kewangan/pelaburan. Mungkin ada yang pelik, apa kena mengena point ini sebagai penentu harga.


Seperti yang kita tahu, generasi Y sering dikaitkan dengan generasi teknologi (komputer, ipad & etc). Dan, jarang kita mendengar soal generasi Z kan? *(maybe, generasi Z masih belum 'popular' lagi kot).

Jika ditanya, saya gelarkan generasi Z sebagai manusia yang bermain dengan "future". Dan, zaman mereka lebih mencabar kerna "Work Hard + Smart is NOT enough!". Saya gelar, zaman mereka sebagai ; Zaman "Work Hard, Smart & Compoundedkan". *(Sekiranya anda mempelajari FV=PV & formula2 pelaburan, insyaAllah mudah anda memahami maksud "compounded" yang ingin saya utarakan".


Ringkasnya, bagi point ke-4 ini. Harga sesuatu barang hari ini ditentukan berdasarkan harga 'andaian' dimasa akan datang. Itulah konsep formula pelaburan, Present Value (PV) = Future Value (FV). 



Penutup:

Pertama, ini merupakan salah satu tajuk pilihan saya untuk dikaji jika ada rezeki menyambung pengajian ke peringkat Master. *Bagi peringkat PHD, ada tajuk lain (create a formula. Sebenarnya, sedikit berkaitan tajuk diatas).

Kedua, saya tahu. Mungkin tajuk & point diatas akan diceduk dan diambil orang. Yelah kan. Sapa suruh post dalam blog seperti ini. Namun, sekiranya anda ingin membuat begini. Saya minta, Mohon letakkan saya dalam team kajian anda atau mohon hasil kajian yang anda lakukan tersebut dikongsi kepada saya. My email : fedli91@yahoo.com atau ADD saja saya di FB.


Itu sahaja.
Akhir kata, "Jika kekayaan (populariti, pangkat & etc) yang dicari, ubahlah maksud dalam diri".


Entry ini ada kaitan dengan beberapa entry sebelum ini seperti ;
1. Benarkah, teori Demand & Supply penentu harga?
2. Gaji, Inflasi dan Pelaburan?
3. "Hutang dan Pelaburan"


Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)

Tuesday, June 14, 2016

I'm Quit!


APA! Nak berhenti kerja?

Pelbagai pandangan yang aku terima daripada orang sekeliling termasuklah keluarga. Ada yang neutral, namun banyak sekali 'seperti' kurang bersetuju. Gila ka apa...


Bayangkanlah, aku diberi gaji permulaan sekitar 2k-3k sebulan. Masih tidak cukup lagi kah? 
Malah, sepatutnya bersyukur kerana masih ramai lagi fresh graduate yang masih menganggur.


Mungkin aku berbeda dengan kebanyakkan manusia. Mungkin aku terlalu 'tenang' (Slumb la sangat). Dan, terlalu bersifat Introvert & Dyslexia. Ringkasnya, entry kali ini ada hubungkait dengan 2 entry lamaku yang bertajuk 'Surat dari Hospital' & 'Hutang & Pelaburan'.


Perumpamaan nak berhenti kerja ini umpama hang nak "putus" dengan awek hang. 
Tapi, dia tak nak "putus" (sebenarnya, hang pun masih sayang). Macam itu jugalah time hang nak mengorat dulu (interview), bukan main lagi mengayat kan...


Seperti biasa, bila situasi sebegini berlaku, anda akan melihat orang-orang prihatin di sekeliling anda memberi pandangan. Ada yang bagus, dan ada juga yang mengoyahkan keputusan. Berfikirlah dan dengarlah secara terbuka. Nak ikut atau tidak, itu terserah atas diri anda.



Kerja la dulu beberapa tahun bagi "cantikkan resume".... (pandangan beberapa rakanku).

Ya, ada benar kata mereka. Namun, ianya masih tidak kuat mematahkan sebab utama aku berhenti kerja. Jika ingin berbicara mengenai pengalaman & persoalan kerisauan mencari kerja, aku ada selitkan dalam entry lama yang bertajuk 'Aku Fresh Grad', takkala kebanyakkan orang terlalu risau mencari kerja.


Jap! Jadi, apa sebab utama hang nak berhenti kerja?

Sekiranya anda pernah membaca 2 entry yang lalu ('Surat dari Hospital' & 'Hutang & Pelaburan'), mungkin anda sudah dapat gambaran & pointnya. Sebab utamanya ialah aku ada penyakit Al-WahnYa, penyakit kritikal akhir zaman, iaitu cintakan dunia & takutkan mati. Point kedua, aku ingin belajar hidup lebih berdikari dan bergantung kepada Tuhan (di tempat yang aku tidak ada sanak saudara). Kerna, aku tahu. Betapa "rapuhnya" keyakinan ini. Dan, jika diibaratkan. Akulah buih-buih di lautan, sebagaimana sabda Nabi S.A.W mengenai manusia akhir zaman. 


Ianya juga berhubung kait dengan sebuah kata-kataku, hasil rumusan daripada apa yang telah aku pelajari dalam bab kewangan/pelaburan/ekonomi dan sebagainya selama ini. Iaitu, 

Dalam dunia kewangan hari ini, berhati-hatilah dengan "Hutang & Pelaburan". 
Hutang itu ikatan.... Pelaburan itu angan-angan!
(Detailnya, ada diulas dalam entry tersebut). 



Ingin keluar daripada "belenggu" dunia! Al-Wahn....

Bukankah pergi ke sana juga masih sama sahaja. Masih dalam "belenggu" dunia.


Ya, benar. Cuma, ada sedikit perbezaannya. Iaitu ianya mungkin mempercepatkan masa beberapa ketika daripada terus berlama-lamaan terbelenggu. Sejujurnya, aku tidak 100% pasti, apa outcome daripada tindakan aku ini. Namun, aku tertarik dengan sebuah pertanyaan daripada seorang pensyarah  kepada spara muridnya, iaitu ;


"Bukankah ajal maut, rezeki dan sebagainya sudah ditetapkan Allah sejak di Luh Mahfuz. Jadi, kenapa kita berusaha? Tidak bolehkah kita sekadar mengikut sahaja. Bukankah semua sudah 'ditentukan'-Nya?


Seperti biasa, pelbagai pandangan diberi oleh anak muridnya yang berdasarkan logik akal, Al-Quran serta hadis Nabi. Yes, jawapan daripada anak muridnya betul, cuma agak kurang menyakinkan. Akhirnya, pensyarah tersebut menjawab dengan jawapan yang ringkas dan amat menyakinkan. Beliau berkata ; 

"Aku berusaha kerana aku tidak mengetahui".


Targetku mudah seperti mana orang muda hari ini. Iaitu, ingin berkahwin (berkeluarga) dan mempunyai rumah sendiri. Namun, yang berbezanya ialah aku tidak ingin kehidupan diriku hari ini, "dihantui" dan "terikat" oleh semalam yang menakutkan. Apatah lagi 'angan-angan' yang melalaikan. 







Penutup

Sejujurnya, amatlah tidak berbaloi jika aku melakukan hanya kerana wang. Tidak berbaloi dengan risiko yang mendatang, apatah lagi terpaksa berjauhan dengan family dan meninggalkan rakan-rakan (sekerja). Dan aku setuju dengan kata rakanku ; "Aku masih bekerja disini sebab hangpa".

Namun, keputusan harus aku lakukan (bukan aku tak sayang member). Tapi, demi sesuatu yang lebih utama lagi iaitu mencari ubat bagi penyakit kritikal Al-Wahn dalam diri. 


Pengajaran daripada sepucuk surat dari Hospital, membuka mindaku. Kerna, jika 2nd test darahku 'confirm' diriku dijangkiti penyakit (*dimana perubatan moden masih tiada ubat kecuali mati), sekurang-kurangnya aku tahu. Ada penyakit lain yang lebih teruk dan kritikal lagi daripada itu, iaitu Al-wahn.

Perkara ini, aku sedar semasa hampir 3 bulan menunggu keputusan 2nd test darah aku. Secara jujurnya aku tersangat lemah. Hampir setiap hari aku menonton ceramah motivasi bagi menguatkan diri. Itupun masih terasa 'down'.


The reason, very simple. Iaitu, aku letakkan "dunia" di hati. That's why, bila terasa diri akan berpisah dengan dunia, terasa sakit dan pedih sesangat. Berbeza mereka yang meletakkan "dunia" ditangan, mudah dilepaskan....

Ya, keputusan aku berhenti kerja ini mungkin tidak masuk akal bagi kebanyakkan orang. Namun, ini antara jalan yang aku pilih bagi mengubati penyakit kritikal dalam diri (Al-Wahn). Aku tahu, ianya bukan gampang meletakkan dunia di tangan, kecuali orang-orang yang benar-benar merasa bertuhan. Akhir kata, aku nukilkan kata-kata daripada sebuah mimpi yang sering menguatkan aku menempuhi tempoh 3 bulan yang telah berlalu ;


"Jangan jadi seperti kebanyakkan manusia 
yang tidak berpuas hati (tidak redha) dengan dunianya"










Previous entry yang berkaitan: 2 Perkara Tahun Ini
Antara buku yang menarik untuk dibaca : Bingkisan Buat Pesakit




Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)
Hidup itu sendiri adalah sebuah pengalaman & bekalan. 

Until today, the most stressful in my life is when I know, I will die (Surat dari Hospital)

Wednesday, March 23, 2016

Surat dari hospital....

Tulisan Asal : 7/1/16
Kemaskini : 24/3/16 & 2/9/16


Ini merupakan surat hospital yang diterima awal tahun ini (sampai ditangan pada 5 January, 2016). Umpama, hadiah tahun baru. Kisahnya pada penghujung bulan Nov 2015 yang lalu, dimana buat pertama kali diri membuat pendermaan darah.


Jika diteliti, ada beberapa perkara menunjukkan surat ini adalah surat yang mustahak (pengalamanku semasa menjadi Setiausaha). Iaitu, perkataan “secepat mungkin” dan surat ini ditandatangani oleh pegawai perubatan dengan tanda tangan/sign (original).




Pertama kali membaca surat ini, terus aku bertanya kepada rakan-rakanku yang pernah menderma darah samaada pernah mendapat surat sebegini. Namun ternyata, mereka tidak pernah menerima. Seterusnya, aku terus membuat carian di Google. Kebanyakkan jawapan pula berkisarkan mengenai HIV & beberapa penyakit berjangkit seperti gambar dibawah. (*Maka, perlu jumpa Doktor bagi membuat re-test. Belum confirm lagi).





Sejujurnya, tipulah jika aku katakan, “aku tak risau”. Macam-macam juga di fikiran. Namun, aku terasa lebih bimbang akan orang yang bimbang akan diriku. Dan, I still don’t know, macam mana nak bagitau kat ibubapaku. HAHA…. (*semasa artikal ini di publish, ibubapa-ku sudah lama tahu)


Btw, apa yang terjadi ini, tidaklah ‘sesukar’ kisah orang lain (para nabi, para sahabat, dan ramai lagi orang didunia ini). So, tak perlulah risau. Dan, ianya belum confirm lagi. Cuma, ada high probability… 


Ringkasnya, penyakit HIV & seangkatan diatas, dikatakan masih tiada ubat penawarnya lagi. Dan, kebiasaannya insurans/takaful tidak cover kecuali jika anda dapat HIV/seangkatan ini semasa blood tranfusi sahaja (semasa permindahan darah di Hospital. Itupun, perlu ada bukti daripada pihak Hospital).

Disini perlu kita fahami, bukan semua risk/risiko itu boleh ditransfer dengan menggunakan insurans/takaful *Saya agent takaful & belajar subjek Risk Management di University.


Manakala, jika dikira mengikut tahun masihi, umurku sekarang adalah 25 tahun (2016). Ya, mungkin masih muda dan masih baru menamatkan pelajaran di universiti. Selaku seorang yang bakal menempuh alam pekerjaan, pelbagai perkara ingin dilakukan dalam hidup ini.

Antaranya, ingin membalas jasa ibubapa (aku tak pasti bila berbicara hal ini sambil mengaitkan keadaanku ini). Kahwin pula? Memandangkan penyakit-penyakit diatas jenis penyakit berjangkit, jawapan paling selamat ialah “Tidak digalakkan untuk kawin”….(aku fikir)


Maka, secara ringkasnya. Antara kemungkinan besar jika aku disahkan menghidapi ialah tidak digalakkan untuk kahwin & Mati. Meh kita bermain dengan persoalan dan pertanyaan dihati…


“Wei slumb… Tak boleh kahwin kot….”

“Aku takut matikah?”

“Adakah aku takut kembali kepada Allah yang maha penyayang?”

“Bukankah semua manusia akan mati di dunia ini?”



Teori dan praktikal itu saling berkait.
Itu yang aku fahami selama belajar dalam universiti kehidupan ini. Namun, itu bukanlah focus utama entry ini.

Antara pengajaran utama yang aku ketemui selama melanjutkan pelajaran dalam bidang Kewangan (Diploma) & BBA Islamic Finance (Degree) ialah “Mengenal diri, untuk mengenal Tuhan” (*Ya, tiada dalam silibus pengajian. Namun, CGPA still ok. Atas pagar sekitar 3.50). Kini, aku berharap sesangat, I don’t lose myself again. Kerna, jawapan inilah yang diriku cari sejak kecil. Ya, jawapan kepada “siapakah diriku?”. (dengan perasaan ‘ketidak-puasan hati’).


Mengingati akan kematian? Entah, aku tidak pasti. Mungkin selama ini, diriku hanya setakat “menyedari/tahu”, namun tidak/jarang “merasai” bahawa diri akan pergi.

Ya, something wrong dengan diri apabila melawati kubur, menziarahi orang sakit, melihat sendiri atuk & nenek sakit (sekarang sudah tiada). Semua itu, menyedarkan bahawa kita akan mati, namun tidak “merasai” bahawa diri akan pergi. Mungkin begitulah kata orang ; “Ada beza, orang yang melihat(sekadar tahu) dengan orang yang melalui(merasai). Terutama dari sudut pandang dan penghayatan”.  



Siapakah diriku?
Aku memiliki perwatakan Introvert dan ada Dyslexia (kedua-duanya golongan minority). Di bangku sekolah, aku merupakan budak kelas pemulihan kerana tidak pandai/lambat membaca dan menulis. 


Jika difikirkan, kombinasi “Introvert dengan Dyslexia” ini pelik. Dan, dari situlah banyak ketidakpuasan dan persoalan dihatiku mengenai diri. Namun tidak disangka. Persoalan dihati ini mula terjawap. Percayalah bahawa apa yang Allah tentukan itu, tidak pernah terlewat mahupun tercepat. Kerna ianya wajib ‘tepat’. Wajib ada hikmahNya. Detail pasal Introvert & Dyslexia, boleh baca disini. 



Untuk apa aku ceritakan sedikit kisahku ini?

Entahlah. Aku tidak pasti akan jawapannya. Cuma, ingin aku kaitkan dengan sebuah kata-kata yang aku terbaca/jumpa didalam mimpiku, diawal bulan December 2015 yang lalu (sebelum kes ini) ;

“Kebanyakkan manusia tidak berpuas hati dengan dunianya”.


Maksudnya, lebih kurang sebegini. Ramai antara kita tidak redha akan ketentuan takdir yang sudah Allah tentukan keatas kita. Kenapa aku? Tidak bolehkah orang lain? (Begitulah antara persoalan yang akan bermain di minda).


Ya. Kita diuji… Kaya, miskin, sihat, sakit, bijak, pandai dan sebagainya. Dan, ramai antara kita tidak redha akan ujian yang Allah berikan ini.. Semoga kita redha dengan ‘dunia kita’… Dan, marilah kita menjadi orang Islam yang ajaib. Iaitu, takkala diberi sesuatu (baik & buruk), tetap ia baik dipandangan mata hatinya.


Dah terlajak perahu ni, aku ingin meminta maaf dan ampun, andai ada buat salah/ dosa secara sengaja atau tidak sengaja selama hayat ini (*aku maafkan kepada sesiapa yang buat ‘salah’ denganku. So, don’t worry. Lagipun, jika kita nak orang maafkan kita, kita juga kena maafkan orang lain kan..).


Dan, aku harap, apapun keputusan re-test darahku nanti, korang janganlah layan aku macam orang sakit. Dan, takyah la risau jika nak bersalaman dengan aku sebab penyakit ni berjangkit melalui darah/kongsi jarum/seks/berkaitan sahaja. Selagi korang tak minum darah aku, korang still ok, InsyaAllah.....

Serta, don’t worry about me. I’m ok… Kalau tak, apa guna aku guna nick name Slumb kan? (Slumb stand for 'Slumber Boy'). So, toksah risau sangat pasal aku ni yer. Bukankah semua orang akan MATI, di dunia ini?



Updated/ Kemaskini : 24/3/16

Alhamdulilah, keputusan test darah kali ke-2 menunjukkan darahku bersih. Jadinya, kekuatiran selama hampir 3 bulan ini sudah terjawab. Sudah tentu, banyak perkara bermain difikiranku sepanjang tempoh ini. Dan, pengajaran yang paling utama ialah ianya menyedarkan aku bahawa selama ini aku mempunyai penyakit al-wahn tanpa aku sedari. Ya, cintakan dunia dan takutkan mati.


Antara sebab utama aku menulis kisah ini adalah bagi mengimbas kembali "perasaan" aku ketika itu (that's why, tulisan asal bertarikh 7/1/16). Ada beza, berbicara mengenai apa yang sedang kita lalui sekarang dengan pengalaman yang sudah pudar 'perasaan'. And, it wonderful to read back after few years & release the lvl of our mindset & emotion, at that time.








Disini aku ingin share satu lagi "pandanganku" ketika merasa diri akan mati (penyakit yang dikatakan, masih tiada ubatnya dalam perubatan moden).

Sejujurnya, aku pernah terfikir untuk bunuh diri. Namun, aku batalkan setelah difikirkan. Disini juga, aku mula memahami kata-kata dibawah. Ya, "Mati kerana Allah itu lebih mudah, daripada Hidup kerana Allah". Aku fikir, kebanyakkan pesakit akan bersetuju dengan statement sebegini.



Sekiranya ada rakan mahupun keluarga anda menghidapi penyakit yang kritikal, mahupun yang normally membawa kematian. Nasihatku, jangan tanamkan semangat untuk terus hidup kepada pesakit hanya kerana "harta, keluarga & dunia". Namun sebaliknya, tanamkan dan motivasikan mereka untuk terus hidup kerana Allah. "When Allah is your reason to live, you will never have a reason to quit". Kerana, sekiranya ditanamkan semangat hidup kerana "dunia", ketahuilah ianya adalah sementara.





Percayalah! 
Suatu hari nanti, engkau akan ketawa & tersenyum mengimbau kisah lalumu, yang pernah engkau lalui. 


Kerna....



"Kisah hidupmu bukanlah seperti sebuah Novel. Kerna, Novel ditulis oleh tangan Manusia. 
Bukannya Tuhan Yang Maha Pencipta".

Yang Benar, 

Slumb
Kerana Allah adalah Tuhanku. Semoga kita kembali dalam keadaan redha dan diredhai… (^_^)

Saturday, March 12, 2016

"Hutang & Pelaburan" (siri 2)


Bulan lalu, adalah gaji pertamaku semenjak bekerja. Seperti biasa, beberapa perancangan kewangan sudah aku susun rapi.

Perancangan aku tidaklah sesukar mana. Iaitu, pertama sekali ingin membuat 'emergency fund' secepatnya. Seterusnya, membina tabung bagi tujuan simpanan dan pelaburan (melabur saham sendiri).


Perancangan permulaan, ingin menyimpan 50% daripada gaji. Kesannya, duit kepada ibubapa antara perkara yang aku 'sengaja' minimumkan. Alhamdulillah, perancangan kewangan yang rapi itu akhirnya dibatalkan.

Kenapa? Entah bagaimana ingin aku katakan disini. Namun, kata-kataku tempoh hari yang berbunyi seumpama menegur;

Berhati-hati dengan dua perkara dalam dunia kewangan hari ini, iaitu "hutang & pelaburan". 


Sejauh mana aku faham akan apa yang aku katakan?
Adakah apa yang aku fahami hanya sekadar berlegar dalam ruangan dan skop "dunia" atau sehingga ke kehidupan akhirat sana?

Ini antara persoalan yang menjadi tanda tanya. Sedar atau tidak, apabila berbicara soal 'Pelaburan', aku lebih meletakkan 'dunia' lebih utama daripada 'akhirat'. Ya, aku menghidapi penyakit al-wahn iaitu cintakan dunia dan takutkan mati. Ya, penyakit kronik yang sebenarnya bagi umat akhir zaman seperti kita.






Gambar diatas merupakan kaedah perancangan kewangan berasaskan "Konvesional". Aku tidak mahu membahaskan ciri-ciri tabung diatas, tapi ingin mengajak bersama-sama kita bahagikan tabung diatas kepada 2 kategori 'tabung'. Iaitu, tabung kehidupan "Dunia" vs tabung untuk kehidupan "akhirat". Anda mengerti maksudnya?

Ya, something wrong with me & us. Sehingga, sering kali kita terlupa, kehidupan mana yang lebih utama. Dan, kehidupan mana yang kekal selamanya.


Seharusnya, kita selaku muslim perlu berfikir lebih jauh berbanding kaum yang bertuhankan 'dunia' dan nafsu semata. Ya, perlu berfikir soal 'pelaburan' hingga ke akhirat sana. Untuk apa kita kaya di dunia, tapi di akhirat papa kedana? Bijak melabur di dunia, tapi jahil melabur di akhirat sana...


Teringat sebuah kisah yang diceritakan dalam sebuah slot di radio Ikim;

"......ketika Ali R.A duduk bersama Nabi SAW dalam sebuah majlis,

Semasa itu, diperutnya ada satu batu bagi menahan kelaparan, dan dalam masa yang sama, beliau baru saja sedekahkan 40 ribu dinar. Dan diperut Nabi SAW pula ada 2 batu..."

Kebanyakkan para sahabat adalah golongan kaya, tetapi mereka tidak meletakkan dunia di hati mereka. 


Teringat juga sebuah ceramah yang lain, dimana seorg ustaz mengakhiri majlis kuliahnya dengan sebuah DOA yg berbunyi (lebih kurang) ;

"Ya Allah, jika engkau beri aku rezeki 100 ribu ringgit, akan aku sedekahkan 90 ribu dalam agamaMu...."


Tersedak aku mendengarnya. Dan seumpama diri ini ragu-ragu ingin 'mengaminkannya'. Akhir kata, semoga kita meletakkan akhirat lebih utama daripada dunia yang sementara.



Fedli Isa (Slumb)