Sunday, December 30, 2018

Universiti Kehidupan (Tahun ke-3)

Aku merenung, tahun keseorangan. Banyak membandingkan diri dengan 'timeline' kawan. Ya, hidup bukanlah perlumbaan. Tetapi, pembesaran. Adakah tahun-tahun berlalu, kita bertambah usia atau meningkat 'dewasa'? 



Dalam keghairahan mencipta kata-kata baru (quotes), aku masih belum menemuinya walaupun 10 bulan telah berlalu. Mungkin aku terlalu ghairah mencari, sehingga terlupa apa yang perlu. Dek kerana ingin mencipta kata-kata baru, aku terlupa. Apakah yang dicari? Adakah serangkap kata atau sebuah kehidupan?

Apa-apa pun, sebagai ulang siar Quotes-ku yang lalu, dibawah rumusannya. Sebagai contoh, Quote ke-2 merupakan rumusan pengajianku semasa di universiti dalam bidang kewangan (Diploma Kewangan sehingga BBA Islamic Finance). Bak kata pepatah Albert Einstein: "If you can't explain it simply, you don't understand it well enough". 


Antara Quotes yang telah dihasilkan. My target, setiap tahun, satu quote (InsyAllah).


Perbandingan & Renungan... 

1. Apa yang kita belajar?

Tertarik dengan sebuah persoalan. Secara logik, semakin banyak pusat agama, masjid & para pendakwah di Malaysia, maka semakin baiklah masyarakat. Malangnya, perselisihan faham dan kekeliruan dalam masyarakat terus bercambah. Kenapa jadi begini? 


Masalah ini boleh dibahagikan kepada dua kategori. Iaitu, kerana kita mengambil sesuatu itu secara "terkurang" dan "terlebih". Terkurang seperti malas nak belajar. Terlebih pula, terlebih rajin mempelajari dan memperbahaskan semua perkara. Padahal diri hanyalah orang biasa.

Dengan kemudahan teknologi hari ini, masalah "terlebih" ini lebih mudah berlaku kepada penerima (penuntut/ pendengar/ pembaca). Sewajarnya, biarlah sesuatu isu itu diperbincangkan oleh ahlinya (bukannya ahli 'cop sendiri'). Cukuplah kita selaku orang awam, sekadar tahu secara umum, selagi ianya bukan fardhu keatas kita.


Begitu jugalah, mengenai segelintir penceramah. Semua perkara mahu diceramahkannya. Umpama tidak diberikan tajuk dan tidak mempunyai silibus pengajaran. Kejap masuk politik (parti A & B), kejap masuk ekonomi, teori konspirasi, illuminati dan sebagainya. Sehingga tidak faham dibuatnya. Apa pentingnya perkara tersebut disampaikan kepada orang awam? Adakah ianya menambah keimanan? Atau menambah kepeningan? 


2. EGO: Senior vs Junior

Ego itu wujud daripada pelbagai faktor. Seperti faktor ilmu (+ pengalaman), ibadah, nasab, keelokkan paras rupa, kekuatan, harta & pengikut. Dimana, faktor ilmu merupakan faktor yang sukar dirawat. Ini kerana, ilmu itu dianggap mulia. Kerana ianya menyuluh jalan kehidupan. Begitu juga soal pengalaman. Jauh perjalanan, luas pengalaman. Namun, setiap sesuatu itu boleh membawa kepada dua haluan. Samaada, ianya menambahkan keimanan atau menambahkan 'keakuan'.

Ya. Penjenayah kolar putih lebih licik dan power, berbanding penjenayah biasa. Sebabnya, penjenayah kolar putih dilakukan oleh orang-orang berilmu. Depa buat kerja jahat, tapi tak nampak 'jahat'. Hebat!



Sedar atau tidak, aku sedang berada dalam Zon Selesa. Takkala diri merasa serba tahu sehingga menambah 'keakuan' dijiwa (ego). Sehingga dirasakan sudah banyak makan "garam", menyebabkan diri sering merendahkan orang. Ya, inilah yang aku rasakan. Terasa kesombongan dan keegoan. Bak kata segelintir orang tua (growing old), takkala ingin menang; 'Aku makan garam lebih banyak dan awal daripada hang!'. 


Sewajarnya, kita mengikut resam padi. Semakin berisi, semakin tunduk. Dan, sebaiknya bandingkanlah kehidupan kita. Adakah TAHUN ini, lebih baik daripada tahun yang sebelumnya? 
“Sesungguhnya orang yang paling BERJAYA ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam. Dan, orang yang GAGAL adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam. Manakala orang yang TERPEDAYA adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam”.

"The only one who can beat me is me." - Michael Johnson


3. Perbandingan yang tidak sama taraf.


Tertarik dengan sebuah perbandingan dan persoalan. "Kenapa ibubapa boleh menjaga 10 orang anak. Tetapi, 10 orang anak belum tentu mampu menjaga kedua orang tuanya". 


Kadang-kala, aku tersenyum apabila ada orang berkata begitu. Kerana situasi ini juga berlaku pada dirinya sendiri. Memang kebiasaan kita melihat ibubapa menjaga anak-anaknya, tetapi belum tentu ibubapa tersebut mampu menjaga orang tuanya.

Antara sebab utamanya ialah, kerana kedua-duanya ada 'EGO'. Sebagai contoh, sekiranya bayi atau anak kecil menumpahkan makanan, memecahkan pinggan dan menyelerakkan barangan, kita sebagai ibubapa masih okay. Sebab mereka masih budak-budak. Tapi, sekiranya orang tua yang melakukan, apakah respon kita?


Nah, itu yang membezakan. Ibubapa menjaga anak untuk dibesarkan. Anak-anak menjaga ibubapanya sebelum 'meninggalkan' (meninggal dunia). Sebab itu orang kata, anak-anak tidak akan dapat membalas jasa kedua ibubapa. Sebab, amat jauh beza antara 'dibesarkan' dengan 'meninggalkan'.


Perumpamaan lain seperti guru dengan pelajar. Boleh bayangkan sekiranya pelajar yang diajarnya, dikemudian hari menjadi guru kepada gurunya. Mampukah gurunya menganggap diri sebagai pelajar? Ataupun, ingin kekal sebagai guru walaupun kini berstatus pelajar?...

Begitu jugalah mengenai ibubapa dengan anak-anak. Pada permulaan, ibubapa menjaga anak-anak. Kemudian, apabila ibubapa sudah tua, anak-anak pula menjaga mereka. Maka, disinilah berlaku 'conflict' dalam peranan antara penjaga dan yang dijaga. Ibubapa yang tua itu sebagai penjaga atau yang dijaga? (mostly, ibubapa masih terbawa-bawa peranan mereka sebagai 'penjaga').


Inilah antara sebabnya, atuk kelihatan begitu mesra bermain dan bergaul dengan cucunya. Tetapi, apabila atuk dengan anaknya sendiri, bersua muka dan sekadar berbual sepatah dua. Ketahuilah, magnet yang mempunyai kutub yang sama (kutub ego dan sama peranannya), akan saling menolak.



"Dunia Invisible" : Pengajaran Tahun Ini? 

Kisah mengenai "invisible" ini, telah direka semasa diriku di tingkatan 4. Dimana, ini merupakan tulisan pertamaku. Kisah rekaan ini amatlah pendek. Tetapi, mampu menganggu tidur malamku, dek kerana otak sering memikirkan. Dibawah merupakan nukilan:

Semasa di sekolah, aku bukanlah pelajar yang pandai sangat. Tetapi, sewaktu peperiksaan akhir tahun, aku tidak dapat menjawab soalan yang terakhir. Lalu, menulis;  
"Jawapan yang terakhir ini ditulis dalam bentuk "invisible". Hanya orang yang PRO sahaja dapat melihat".  
Selepas sebulan berlalu, aku bertanya kepada cikgu mengenai markahku. Jawabnya; "Markah kamu ditulis dalam bentuk invisible, hanya orang yang PRO sahaja dapat melihat". Aku tersentak!



Untuk pengajaran tahun ini, aku bahagikan kepada dua. Iaitu sudut yang dilihat oleh mata kasar dan sudut 'invisible'. Dari mata kasar, diriku seperti tidak belajar perkara baru. Diriku umpama tahun yang lalu, kecuali usia. Maka disebabkan itu, quote kali ini ditulis dalam bentuk 'halimunan', untuk menyembunyikan kelemahan.

Manakala, dari sudut 'invisible', quote ini ingin mengajarkanku mengenai tahap seseorang yang berilmu. Dengan nota kaki yang berbunyi;
"Pengajaran kali ini ditulis dalam bentuk 'Invisible' (kosong/ tiada apa-apa), hanya orang yang PRO sahaja mampu memahaminya".

Ketahuilah, ilmu itu umpama air. Hanya bertakung di tempat yang 'merendah'.



Penutup:

Kadang-kala, kita ini terlalu mengejar dan mencari sesuatu. Sehingga terlupa apa yang perlu. Kadang-kala kita ini aneh. Semua perkara ingin tahu. Padahal, ianya tidak penting dan tidak berfaedah untuk kita. Betapa banyak perkara yang kita tahu, tanpa kita sedar ianya sekadar 'bebanan'.


Menarik untuk kita telusuri nilai daripada kisah pembukaan kota Mekah dalam Surah Al-Nasr.

"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya. Sesungguhnya ia sangat-sangat menerima taubat".


Ramai antara kita, apabila menerima nikmat dan kejayaan, kita akan memuji Allah (Alhamdulillah). Namun, kenapa pula ayat ini menyuruh kita meminta ampun? Aneh bukan?

Cuba renungkan. Adakah dengan bertambahnya ilmu kita, bertambah juga keimanan? Atau ianya sekadar menambahkan 'keakuan'? Lihatlah kisah Firaun dan Qarun. Mereka dilaknat bukanlah kerana mereka berpangkat dan berharta. Tetapi, mereka dilaknat apabila mereka menafikan Allah sebagai Tuhan mereka. Mereka claim, harta yang mereka perolehi adalah atas usaha mereka sendiri.

Maka dianjurkan selepas solat untuk kita berzikir dan meminta ampun. Astaghfirullah dan memuji Allah (Zikir Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar).


Ketahuilah. Rosaknya dunia hari ini bukanlah disebabkan ianya ditadbir oleh orang yang tiada pelajaran. Sebaliknya, pemimpin hari ini kebanyakkan hebat-hebat belaka. Cuma kekurangan satu perkara. Iaitu, kurang rasa bertuhan, terlebih pula rasa 'keakuan'.


Actually, aku bersyukur. Walaupun tidak belajar perkara baru tahun ini, atleast aku tidak belajar sesuatu yang tidak bermanfaat. Dan, kita dianjurkan sentiasa berdoa dan meminta. Meminta ilmu, rezeki, amalan & usia yang berkat dan bermanfaat. Sebagaimana doa yang dianjurkan Nabi saw diawal pagi.



Akhir kata, semoga hari dan tahun mendatang, aku lebih 'dewasa' untuk menghadam pelajaran daripada universiti kehidupan. Semoga setiap urusan kita diberikan kemudahan dan diberikan keberkatan. Amin...




Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)
"Growing OLD is mandatory. Growing UP is optional".

Friday, December 7, 2018

Golden Rules

Note: Kepada rakan-rakan yang sudah atau bakal berkahwin, tahniah diucapkan. Semoga penulisan ini, ada manfaat buat kalian. Didoakan semoga rumah tangga yang dibina sentiasa dalam keredhaan, rahmat dan kasih sayangNya. Amin... 


Mukadimah

Perkongsian kali ini, hasil 'kamilan' daripada bacaan beberapa buah buku mengenai perbezaan lelaki dan perempuan dan pandangan peribadi. Manakala, tajuk entry diinspirasikan daripada judul buku Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin dibawah ini.


Sebagai ingatan, penulisan ini bukanlah untuk membanding lelaki dengan perempuan. Jauh sekali meninggikan satu dengan yang lain. Sebaliknya, untuk mencari titik berkasih sayang dan persamaan. Agar rumahtangga yang dibina berkekalan sehingga ke syurga dan memperoleh redha-Nya.


3 Golden Rules Suami Isteri.

Untuk membina keluarga yang bahagia dan saling melengkapi, amatlah perlu kita memahami & memainkan peranan. Maka, entry ini menerangkan konsep 3 Golden Rules Suami Isteri, berserta "persamaan".

Secara umum, "What you give, you will get back. Sepertimana dalam Al Quran, Allah swt berfirman:
“Jika kamu berbuat kebaikan (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk dirimu sendiri; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kpd diri kamu juga,…” (Q.S: al-Isra’: 7). 


Pertama: Hukum Matematik -> "Memberi (x) = Menjaga (y)"

Dalam rumah tangga, kita perlu belajar memberi dan menjaga. Apa yang diberikan oleh pasangan sewajarnya dijaga dan dihargai, walaupun sekecil mana ia.

Sepertimana yang sudah maklum, antara tanggungjawab suami ialah "memberi" (nafkah tempat tinggal, makanan & pakaian). Manakala, isteri berperanan "menjaga" nafkah tersebut (menjaga kediaman, menjaga makanan & pakaian keluarga). Maka, begitulah formula matematik dalam rumahtangga.
Memberi Nafkah (Mr x) = Menjaga Nafkah (Mrs Y)


Namun, berdasarkan keadaan ekonomi hari ini, kebanyakkan isteri terpaksa keluar bekerja untuk membantu menyara keluarga. Maka, ini menyebabkan berlakunya perubahan kepada formula, menjadi tidak seimbang seperti ini ;
Memberi Nafkah (Mr x + Mr Y) = Menjaga Nafkah (Mrs Y). 
Merujuk, x +  y = y? 
x = 2y (Persamaan matematik tak 'seimbang'. Boleh menjejaskan emosi Mrs Y). 

Maka, si suami perlu melakukan sesuatu agar konsep matematik ini menjadi seimbang kembali. Antara caranya ialah, si suami perlu membantu isteri di rumah. Seperti membantu isteri di dapur, cuci pinggan, bantu memasak, mengemas & sebagainya. InsyaAllah, persamaan matematik akan seimbang.
Memberi Nafkah (Mr x + Mrs Y) = Menjaga Nafkah (Mrs Y + Mr x)
 Merujuk, x +  y = y + x. 
 Jadi, apabila diringkaskan ianya akan menjadi : xy = xy . (Yeahh... Seimbang).😊

Adakah isteri mengambil alih tugas suami? 

Tidaklah bermaksud, si isteri mengambil alih tangungjawab suami dalam 'memberi'. Tidak juga bermakna, si suami mengambil alih peranan 'menjaga' daripada isteri. Sebaliknya, ianya sebagai timbang balas antara pasangan dalam kehidupan. Agar persamaan "Memberi = Menjaga" itu seimbang.


Bacaan lebih lanjut, boleh rujuk pandangan Dr Khalif Muammar di page FB beliau.


Kedua: Hukum Kebiasaan -> "Berhias & Sentuhan"

Kebanyakkan buku mengatakan, perempuan suka apabila dirinya disentuhi oleh suami. Namun, bagaimana caranya untuk menarik suami agar selalu menyentuhi isteri?

Konsepnya mudah sahaja. Iaitu, berhiaslah untuk suami anda. Namun apa yang berlaku hari ini, terbalik pula. Para isteri lebih suka berhias apabila mahu keluar rumah, berbanding semasa bersama suami mereka. Ketahuilah, bayi kecil itu lebih selalu disentuh orang, selepas dimandikan dan berbau wangi. 



Ketiga: Mengurangkan tekanan (suami isteri)

Kesibukkan dan masalah dalam kehidupan harian mampu menyebabkan seseorang itu tertekan. Bagi isteri, antara cara mengurangkan tekanan ialah dengan meluahkan perasaan (bercakap). Perasan tak, masalah perempuan sentiasa ada. Persoalannya, banyak sangat kew masalah orang perempuan ni?

Sebenarnya, tidaklah banyak. Cuma, orang perempuan lebih suka berkongsi dan tidak gemar menyelesaikan. Sebab itu, mereka sentiasa ada topik untuk bersembang. Sehingga, diwujudkan rancangan TV Wanita Hari Ini. 

Maka, kepada suami. Luangkan masa bersama isteri dalam rancangan Isteriku Hari Ini.  Belajarlah mendengar rintihan mereka. Ya, ianya memenatkan telinga dan perkara 'leceh' buat suami, tetapi teramatlah penting bagi isteri. Maka, fahamilah. 

Manakala, cara suami mengurangkan tekanan pula ialah dengan hubungan intim. Ya, bunyinya agak lucah. Tapi itulah hakikatnya bagi suami (lelaki). Jika tidak percaya, cubalah baca buku mengenainya. Sebab itu orang tua-tua kata; "Selepas kawen, harap-harap kuranglah sikit barannya". 



Bonus: Lelaki mempunyai "Standard"

Ketahuilah, cinta itu tidak mencukupi. Ada pasangan yang bercinta sejak di universiti, tetapi masih belum berkahwin lagi. Persoalannya, adakah percintaan sejak di universiti itu cinta hakiki? Atau, kekurangan sesuatu iaitu "standard" bagi lelaki. 

"Standard" merujuk kepada sesuatu perkara yang perlu ada. Untuk entry ini, aku kongsikan 2 sahaja. Sekiranya seorang lelaki mencintai anda dan mempunyai "standard" yang pertama ini, ianya sudah mencukupi untuk menunjukkan beliau serius mendirikan rumah tangga. 

'Standard' pertama ialah "mampukah beliau menyara anda?" (hidup berdikari)

Seperti yang diketahui. Tanggungjawab suami adalah memberi nafkah kepada isteri. Belum lagi berbicara mengenai tingginya wang hantaran. Sehingga menyebabkan kebanyakkan lelaki berfikir panjang sebelum menghantar rombongan. Ya, ianya soal kemampuan. 

Disebabkan belum mencapai kemampuan, "cinta monyet" menjadi pilihan. Bercinta suka-suka untuk pengalaman. Hal ini bukanlah perkara baru, malah ianya dianggap dilema bagi para remaja yang meningkat dewasa. Dalam mencari Mr Romeo & Mrs Juliet pilihan hati mereka.


Maka, bermulalah proses perkenalan di peringkat Sekolah dan IPT. Disebabkan perasaan 'takut' melepas, maka "dicop" orang tersebut. Dengan harapan, tiada orang berani mencuri hatinya, yang belum dinikahnya lagi.

Namun persoalannya, berapa lamakah percintaan tanpa ikatan mampu bertahan? Menunggu sehingga bergraduasi dan mampu menyara diri? Maka sekiranya itulah jawapan, adalah lebih baik tangguhkan dulu percintaan. Janganlah memberi perasaan dan harapan yang tidak jelas kesudahan.


Manakala, 'standard' kedua pula ialah perancangan & keserasian. Seperti yang diberitahu, sekiranya seseorang itu menyukai anda dan mempunyai 'standard' yang pertama, ianya sudah mencukupi untuk anda berdua mendirikan rumahtangga. Namun, sekiranya ditambah dengan 'standard' kedua ini, maka ianya lebih baik. *Link video di facebook.

Maka, tanyalah perancangan pasangan anda. Kemudian, nilailah. Adakah perancangan anda selari atau anda berdua saling berbeza ideologi (pemikiran)? Adakah anda nampak diri anda dalam perancangannya? Siapa anda pada dirinya? Adakah sekadar isteri dan ibu kepada anak-anak? Atau lebih daripada itu. Maka, carilah persamaan, kelainan, keserasian dan perbezaan. Dalam membangunkan diri menjadi orang lebih yang berjaya. 



Penutup:

Tertarik dengan sebuah perbualan, antara seorang sahabat dengan anak seorang tok guru. Ditanya kepada anak tok guru tersebut; "Aku lihat tok guru merupakan orang alim dan baik. Tetapi, bagaimana hang dilahirkan?" (Logik akal. Takkan tok guru buat 'bende tu'.)


Jangan salah anggap. Nafsu itu tidak jahat. Cuma, yang salahnya ialah dimana nafsu itu digunakan. 
Contohnya. Apakah perbezaan berzina dengan hubungan intim dengan isteri sendiri?
Ya, semuanya sama. Kecuali, satu perkara. Iaitu, akad nikah. Dengan akad nikah, hubungan intim dengan isteri menjadi 'halal'.


Sebagai penutup. Tahniah diucapkan kepada rakan-rakanku yang sudah & bakal mendirikan rumahtangga. Semoga rumahtangga yang dibina itu dikurniakan Sakinah, Mawaddah, Warahmah. Juga kepada yang masih bujang, semoga dipermudahkan urusan. Amin...



Note: Dilarang PM aku sekiranya mahu bertanya tip suami isteri atau mahu meluahkan perasaan. Sebaliknya, adalah lebih elok JIKA anda membaca buku yang banyak dipasaran. Kenapa kita suka bertanya kepada pihak ketiga mengenai perhubungan? Tidakkah itu membuka aib pasangan? Fikirkan... 



Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)
#Yang masih bujang (setakat tahun 2018)

Tuesday, October 30, 2018

Pentingnya Menangguhkan Pertimbangan

Hari ini, manusia sering bertindak berdasarkan emosi. Sehingga terlupa bahawa kita diberikan akal untuk mempertimbangkan, sebelum melakukan tindakan.

Berkata itu tidak salah, tetapi berkata tanpa memikirkan itu yang jadi masalah. Maka, berlakulah pergaduhan, hanya disebabkan tidak menggunakan akal fikiran. Ibarat kata pepatah orang Melayu, "kerana mulut, badan binasa".


Kenapa perlu membaca?

Secara umum, seseorang itu membaca buku, bukan untuk masa sekarang. Tetapi, untuk masa hadapan... Seumpama seseorang yang mendapat panggilan mengerjakan ibadah Haji. Maka, mereka perlu baca buku dan menghadiri kursus haji terlebih dahulu. Oleh itu, menuntut ilmu itu lebih dahulu daripada mengamalkan. Kerana tanpa ilmu, kita akan berjalan dalam kegelapan, yang boleh membawa kesesatan...

Dalam membaca, kita disyorkan agar tidak mudah percaya dengan apa yang ditulis dan diperkata. Sebagaimana yang dianjurkan agama, agar kita menyelidiki dan berfikir dahulu akan sesuatu perkara atau berita sebelum menyebarkannya.



Berkongsi & Internet

Masih teringat nasihat daripada seorang rakan yang bekerja di unit 'rahsia' disebuah jabatan. Katanya;
"Whatever you upload over the internet, it will remains".
Ya. Apa-apa yang kamu upload di internet, ianya kekal selama-lamanya. Walaupun gambar tersebut telah engkau delete, namun ianya masih ada dan boleh di cari (achieve). *Untuk mencari website yang sudah ditutup sebagai contoh (walaupun dah 10 tahun dipadam), anda masih boleh trace back menerusi carian disini. 


Sebenarnya, tidak semua perkara wajar kita kongsikan. Kerana, ada perkara berbentuk privasi. Ada juga bersifat umum. Begitu juga soal belajar. Sekiranya anda seorang pelajar jurusan kewangan, maka anda perlu belajar detail dan faham mengenai jurusan pengajian. Tidak boleh tahap kefahaman anda seperti orang kebanyakkan (awam).

Namun, yang menjadi masalah ialah kita tidak faham akan keutamaan & bidang kepakaran. Sebagaimana semua orang ingin memberi pandangan mengenai isu agama & politik, walaupun jelas sekali mereka tidak layak untuk berhujah dengan fakta. Akibatnya, sekadar menambahkan kecelaruan & pertelingkahan di kalangan manusia.
News travels fast... Fake news travels even faster.

Orang baik mudah ditipu? 

Dengan keadaan manusia hari ini, adalah perlu kita memahami pesanan orang Melayu lama. "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali". Malah, wajar kita sedari; Tidak semua orang, baik seperti yang kita fikirkan. 

Ya, buat baik itu adalah amalan terpuji. Tetapi, janganlah sehingga kita ditipu berkali-kali. Kerana, ada segelintir manusia yang suka mengambil kesempatan atas kebaikan.

Masih teringat kata-kata seorang ustaz dalam ceramahnya. Iaitu; "Orang jahat paling suka tipu orang baik, terutama mereka yang duduk di masjid". Sebabnya, orang baik ini baik sangat. Kena tipu pun, boleh lagi diaorang kata ; "Takpelah, takde rezeki. Ini dah takdir". 


Padahal, kehilangan dan masalah itu berlaku disebabkan kelalaian & kelemahan diri sendiri. Terlalu percaya sehingga dibutakan. Sekiranya kita memahami hakikat kehidupan dunia, maka kita akan lebih berhati-hati. Seumpama kisah Umar bin Khattab RA dan Ubay bin Ka'ab ini.

Umar bertanya; "Wahai Ubay, apa makna takwa?"
Ubay bertanya balik; "Wahai Umar, pernahkah engkau berjalan melewati jalan yang penuh duri?"
Umar menjawab; "Tentu saja pernah."

Ditanya lagi; "Apa yang engkau lakukan saat itu, wahai Umar?"
Umar menjawab; "Tentu saja aku akan berjalan dengan berhati-hati,".
Maka, Ubay lantas berkata; "Itulah hakikat takwa."


Tidak salah kita memilih dan berhati-hati. Kerana ia juga dianjurkan oleh agama. Bagi tahun ini, ceramah yang paling menarik & membantu menambahkan kematangan fikiranku ialah kuliah daripada Ustaz Dr Ahmad Faisal (pensyarah UM). Jika berdasarkan channel Apium Um di Youtube, terdapat 41 siri kuliah Hikam yang diupload. *Boleh juga search nama ustaz ini di Youtube, untuk mendengar pelbagai kuliah lainnya di Masjid/ Surau terpilih.




Fiqh Perselisihan & Keutamaan (Antara Keutamaan daripada yang Utama)

Semakin luas perjalanan, semakin luas pengalaman. Begitu juga ilmu. Kebanyakkan bencana yang menimpa ahli ilmu bertitik tolak kerana mereka hanya mengetahui satu pendapat dan satu sudut pandangan ulamak sahaja. 

Bukanlah bermaksud semua perkara itu betul, namun perlu kita fahami keutamaan dan jenis perselisihan. "Kenapa kita sanggup mencacatkan yang asas, hanya kerana ingin menjaga yang cabang?" (fikirkan). Maka, renungkanlah kata-kata dalam fiqh perselisihan , dibawah ini...


"Langit dilihat banyak kerana banyaknya awan, 
Kebenaran dilihat banyak kerana berbezanya fikiran"


Sebagaimana dengan rendah hatinya, Imam Syafi'i pernah berkata; "Pendapat saya betul tetapi mungkin mengandungi kesalahan. Dan pendapat orang lain salah tetapi mungkin mengandungi kebenaran".



Didalam bab Fiqh Al-Awlawiyat (Fiqh keutamaan), seseorang diajar untuk meletakkan keutamaan sesuatu perkara berdasarkan kedudukannya yang sebenar. Perkara yang sepatutnya didahulukan, hendaklah didahulukan. Tidak boleh dikemudiankan. Contohnya, di hospital dibuat beberapa zon bagi membezakan keutamaan & tahap keperluan.


Buku yang pernah dibaca. Namun tidak mampu habiskan bacaan disebabkan limitasi & kekangan. #Semasa belajar di UniSZA, Terengganu. #Bukan pelajar jurusan agama.


Penutup:

Lelaki dan perempuan itu berbeza. Bukanlah satu jantina lebih baik daripada yang lain atau merendahkan sesiapa. Hakikatnya, mereka memang berbeza agar kita saling melengkapi & berkongsi. Dan, antara sebab berlakunya peperangan dan pergaduhan, kerana kita tidak mencuba memahami sesama sendiri.
"Ketika tertekan, wanita bercakap tanpa berfikir. Lelaki bertindak tanpa memikir. Inilah sebabnya banyak lelaki di penjara. Dan, kebanyakkan penghuni neraka adalah wanita".

Harus kita sedari. Tidak semestinya sesuatu perkara yang baik untuk kita, baik juga pada orang lain. Juga, tidak sama adat orang barat dengan di timur. Maka disebabkan itulah adanya kaedah usul fiqh dalam agama yang berbunyi 'adat sebagai hakim'.

Kepada orang politik dan berjawatan, belajarlah menangguhkan pertimbangan. Juga kepada orang kebanyakkan (orang awam), berhati-hatilah dalam berkata dan mempercayai seseorang. 




Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)
"Baik menjadi orang penting. Tetapi, lebih penting menjadi orang yang baik". 

Saturday, August 11, 2018

Subjektif & Objektif

Takkala ditanya kepada pembuat soalan, manakah yang sukar dihasilkan?

Maka jawabnya; Soalan berbentuk objektif itu lebih sukar berbanding subjektif. Kerana, pembuatnya perlu memikir soalan, mewujudkan jawapan yang betul @ salah, sambil menghubungkaitkan keduanya. Namun, bagi para pelajar, soalan seperti ini lebih gampang. Kerana, sudah disediakan pilihan jawapan (A, B, C & D). Hanya perlu memilih ataupun "tikam". 


Berbeza halnya bagi soalan subjektif. Membuatnya tidaklah sukar, disamping tidak perlu memikirkan jawapan bagi setiap persoalan. Asalkan soalan yang ditanya itu logik, tiada kesalahan dan boleh difahami, maka ianya sudah mencukupi.

Ada kalanya, orang bertanya itu kerana mereka tidak tahu. Dan, ada ketikanya kerana ingin menilai & mengetahui pandangan seseorang atas sesuatu. Umpama murid dengan guru. Untuk menilai tahap kefahaman dan kebijaksanaan muridnya. Supaya dapat membezakan, antara robot, manusia & haiwan peliharaan.


Lelaki vs Perempuan

Antara soalan subjektif yang sukar dijawab ialah soalan berbentuk pendapat. Dimana, diberi pilihan untuk bersetuju dan tidak bersetuju atas sesuatu perkara. Dan, setiap apa yang dipilih mestilah disokong dengan hujah dan alasan.

Ya, soalan subjektif ini umpama perempuan. Bertanya soalan itu mudah, namun untuk menjawabnya sukar sekali. Kerana, soalan yang ditanya oleh perempuan, kebanyakkan tiada skema jawapan disediakan. Hanyalah pandangan. Dan, ketahuilah.... "Women always RIGHT". 

Berbeza pula dengan lelaki. Lebih berbentuk objektif. Sebelum berbicara, sudah difikirkan apa yang ingin dikata. Kadang-kala, diberikan juga beberapa cadangan dan gambaran. Supaya apa yang dibincangkan, memenuhi objektif yang ditetapkan.


By the ways, kebiasaannya para pelajar mampu jawab semua soalan objektif (*untuk soalan yang tak tahu, boleh 'tikam'). Berbeza pula soalan subjektif,  ada kemungkinan para pelajar 'skip' & tinggalkan tanpa jawapan. *Kesian soalan subjektif (=perempuan), tidak diberikan jawapan atas persoalan. 

Namun, janganlah disalah erti terhadap pelajar/lelaki. Memang mereka mahu menjawab, tetapi disebabkan beberapa limitasi, maka terpaksa ditinggalkan. Antara limitasinya, seperti mereka tidak tahu jawapan, kesuntukkan masa, dan disebabkan kekeliruan dalam memahami soalan.

'Goreng" jawapan? Huurrmm.... Selalu goreng ikan, isteri atau abang?
Nasihat saya as lelaki, elakkan 'goreng' jawapan sebab itu bukan kita punya kepakaran. Disamping,  ingatan dan skema jawapan orang perempuan 'menakjubkan'. Setuju pun betul, tak setuju pun betul. Boleh faham? *Jika tak faham, itulah tanda faham (Perempuan = Subjektif).


Detective Conan?

Antara cerita karton yang best ialah Detective Conan. Malah, konsep penceritaannya juga seperti menyelesaikan soalan peperiksaan (*majority soalan berbentuk objektif). Perasan tak, kebanyakkan kes pembunuhan dalam cerita Detective Conan sengaja 'diwujudkan persoalan' dan diberi pilihan jawapan.

Sejujurnya, membuat soalan objektif itu lebih menarik. Kerana, kita juga boleh meletakkan 'hint' dalam pilihan jawapan. Menerusi 'hint', kita boleh menguji seseorang dengan meletakkan beberapa pilihan yang seakan-akan jawapan. Maka, tidak hairanlah cerita ini amat menarik. Sesuai dengan cerita penyiasatan untuk mencari 'hint' & bukti, sambil mengaitkan pilihan jawapan yang disediakan.



Jawapan soalan ini ialah: A (40 mukasurat). 


Penutup:

Sering kali kita ditanya, mengenai persoalan yang bermain diminda. Sehingga kita terleka, lantaran ingin mengulas kesemuanya. Kadang kala, diam itu ada baiknya daripada berbicara.

Ya. Hidup itu ujian. Namun, tidak semua ujian seperti yang kita fikirkan (ada soalan & jawapan). Ada kalanya, diam merupakan jawapan. Disamping, adanya limitasi pada diri untuk melalui ujian itu sendiri seperti kekurangan ilmu, kekangan masa & sebagainya. Maka, jalanilah kehidupan, bukannya mencari permasalahan. Semoga sampai waktu, kita lebih memahami.


Sebagai penutup, sengaja dikongsi kata hikmah daripada Kitab Hikam ini (pic dibawah). Sebab pertama, ianya mempunyai persamaan dengan konsep Quote pertamaku: "Belum tentu APA yang anda lihat (+dengar/ rasa/ fikir) adalah yang SEBENAR. Dan, belum tentu yang SEBENAR itu adalah yang BENAR". Yang kedua pula, kerana ada kaitan dengan tajuk entry ini.






Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)

Sunday, August 5, 2018

"Work Hard, Think Smart & Compounded"

Note: Bagi entry kali ini, penulis cuba mengaitkan dunia pekerjaan dengan kewangan/ pelaburan, menerusi Quote ke-2 yang sering di laung-laungkan dalam beberapa entry di blog ini. Terutama, falsafah generasi Z itu sendiri: "Work Hard, Think Smart & Compoundedkan".




Sebelum memulakan bicara, tertarik dengan kata-kata daripada sebuah buku (Novel) berjudul "D.U.B.L.I.N". Ulasan mengenai buku sehingga ianya diangkat sebagai Tempat Pertama (Kategori Novel), boleh dibaca disini. Antara kata-kata menarik daripada buku ini:

"Berjalan sahaja cara yang saya tahu untuk menangguhkan kebenaran".

"Kita mesti belajar untuk menjadi BOSAN".

Dan, sebuah analogi/pertanyaan:
"Bagaimana seekor tikus tinggal di dalam kotak. Kenapa dia tidak keluar jew? Tanya seseorang..

Dijawab: "Sebab dia (tikus) suka tinggal di dalam kotak itu. Dan, lebih penting lagi, dia TIDAK tahu bahawa dia di dalam kotak".


Generasi Z

Beberapa pandangan cuba memberi gambaran mengenai generasi Z. Dimana, generasi ini merupakan generasi yang bakal memimpin & memasuki dunia pekerjaan tidak lama lagi. Dan, dikatakan bahawa generasi Z ialah mereka yang lahir sekitar tahun 1998 hingga 2009 (*sekarang ini, mereka sedang berada di pengajian tinggi). Saya fikir, artikal yang bertajuk "Generasi Z: Tenaga Kerja Baru dan Cabarannya" (Oleh: Siti Mahani binti Muhazir & Nazlinda binti Ismail), menarik untuk dibaca. Boleh baca disini.  *Ada 8 halaman sahaja.


Falsasah Generasi X, Y & Z...

Ada beberapa cara membuat sesuatu dan menghasilkan "SAME RESULT". Let's assume, the result we want is 16. Ok?...

Cara 1: Falsafah Generasi X (Work Hard). 
-> 2 + 2 + 2 + 2 + 2 + 2 + 2 + 2 = 16

Cara 2: Falsafah Generasi Y (Work Hard & Think Smart).
-> 2 x 2 + 2 + 2 + 2 + 2 = 16

Cara 3: Falsafah Generasi Z (Work Hard, Think Smart & Compounded). 
-> 2^4 = 16.


Let say... Number 2 merujuk kepada MASA/JAM. So, pekerja X memerlukan masa sebanyak 16 jam, pekerja Y memerlukan 14 jam, manakala pekerja Z hanya memerlukan 2 jam, untuk mendapatkan 'RESULT' yang serupa (number 16).

Yes, pekerja Y dapat menjimatkan masa 2 jam (lebih efisien) berbanding X. Namun, adakah pekerja Z itu 'pemalas'? 


Bagi mereka yang dibesarkan & lahir dalam generasi Y, kebarangkalian untuk jadi 100% seperti Generasi Z tu agak sukar. Namun, masih ada potensi. Maka, untuk falsafah generasi Y (modified version), boleh kita katakan seperti ini: "Work Hard & Think MORE Smart". The equation can be like this...
-> 2 x 2 x 2 x 2 = 16


So, generasi Y 'modified version' hanya memerlukan 8 jam berbanding generasi Y biasa, yang memerlukan masa 14 jam, untuk mendapatkan 'KEPUTUSAN YANG SAMA'  (number 16).


Note: Perkara ini bergantung kepada beberapa perkara. Seperti, nature of job/ situasi, sejauh mana kita menggunakan otak & beberapa hal lagi. 


Perancangan Kewangan/ Pelaburan...

Ada beberapa rakan bertanya soal kewangan & pelaburan. Soalan mereka kebanyakkan berbeza dari segi bunyi & situasi, namun konsep asasnya masih sama. Maka, bagi mengelak daripada sering ditanya perkara yang hampir serupa, eloklah sekiranya dicatat sahaja dalam penulisan entry ini sebagai perkongsian umum bersama.

Didalam merancang kewangan, terdapat 3 jenis simpanan yang perlu dirancang. Dan, setiap simpanan ini mestilah mengikut urutan. Maksudnya, sekiranya jenis simpanan pertama kita tidak berjaya dipenuhi, tidak digalakkan sama sekali untuk skip ke step seterusnya. Pelahan-lahan kayuh, bak kata orang tua; "Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit". 


Pertama: Simpanan biasa (minimum, 1 bulan perbelanjaan)

Sebelum pergi lebih lanjut, sila rekod setiap perbelanjaan harian hingga bulanan anda. Kerana, untuk membina simpanan biasa ini, antara maklumat penting yang perlu ada ialah berapakah perbelanjaan bulanan anda?

Sekiranya anda tidak mampu menjawab soalan tersebut, abaikan sahaja niat untuk merancang kewangan. Tak berguna merancang, sekiranya mula-mula lagi anda tidak tahu apa & untuk siapa rancangan kewangan dibuat. Jika mahu merancang kewangan, sila rekod setiap pendapatan & perbelanjaan. Bukan untuk saya, tapi anda!. Untuk anda lebih mengenali diri sendiri... 

Jika sudah mempunyai data, sila lihat trend perbelanjaan anda selama 6 bulan. Disebabkan jumlah perbelanjaan setiap bulan tidak sama, ambil anggaran perbelanjaan secara purata sahaja. Contohnya, jika purata perbelanjaan setiap sebulan ialah RM 2000, maka pastikan baki di bank anda pada awal bulan sebanyak ini (*pilih 1 bank yang sering anda lakukan transaksi & pengeluaran wang melalui ATM). Ingat, gunakan wang ini hanya untuk perbelanjaan & komitmen bulanan anda sahaja.

Untuk perlindungan (takaful/insurans), lihatlah kedudukan kewangan anda. Sekiranya tidak mampu, ambillah perlindungan yang paling murah sekali iaitu perlindungan diri akibat kemalangan. Serendah RM50 setahun (jika sebulan, hanya RM4.20 sahaja). *Boleh dilanggan di Bank Agro & Bank Rakyat (setakat yang diketahui penulis).


Kedua: Simpanan Kecemasan (3 - 6 bulan perbelanjaan)

Sepertimana yang pertama, simpanan kecemasan ini hanya digunakan untuk tujuan tertentu. Iaitu, untuk hal kecemasan sahaja. Contohnya, tiba-tiba kereta rosak atau tiba-tiba anak sakit. Ingat, hanya untuk tujuan kecemasan. Dan, jumlah simpanan sekitar 3-6 bulan perbelanjaan, kemudiannya disimpan di Akaun Tabung Haji (*disyorkan kepada orang Islam sambil merancang mengerjakan Haji).

Oh ya. Sekiranya ada kawan atau saudara ingin meminjam wang, sebaiknya jangan korbankan simpanan kecemasan atau simpanan pertama tadi. Walaupun mereka berjanji akan bayar hujung bulan ini. Ingat, elakkan beri dan jangan termakan janji. Kerana manusia hari ini pelik. Buktinya, lihatlah pemimpin hari ini. Dah dapat kerusi, mereka kata; "Manifesto itu bukan janji, apatah lagi kitab yang mesti di ikuti". Eeehh...

*p/s: Jika nak bagi pinjam jugak, bagi kepada orang yang betul-betul berpegang kepada janji. Dah lama korang kenal saudara/ adik beradik, gerenti kenal perangai sesama sendiri. Elakkan beri pinjam kepada orang yang anda kurang kenal hati budi & janji.


Ketiga: Simpanan Pelaburan (Matlamat Masa Hadapan).

Ok, selagi anda belum membina simpanan biasa & kecemasan, jangan fikir pasal simpanan pelaburan ini. Jangan sama sekali. Namun, sekiranya kedua simpanan diatas sudah dipenuhi, terus sahaja kita membina yang ketiga.

Sekiranya diperhatikan, setiap simpanan ada matlamat. Contohnya, matlamat masa hadapan anda adalah untuk membeli rumah. Maka, wujudkan simpanan pelaburan untuk mencapai tujuan. Begitu juga sekiranya matlamat anda adalah untuk kehidupan di hari tua. Inilah simpanannya...

Untuk simpanan ini, anda boleh pertimbangkan untuk memberi pinjaman kepada kawan & saudara mara yang memerlukan. Tapi, risiko atas diri sendiri. Jika mereka jenis liat bayar hutang, terjejaslah matlamat yang anda di masa hadapan.


ASB Financing

Ada rakan bertanya mengenai ini. Jawabku mudah...

Kebiasaannya orang yang membuat ASB financing ini kerana mereka susah nak menyimpan dengan konsisten bagi mencapai matlamat kewangan tertentu. Contohnya, selepas 5 tahun buat ASB financing, wang tersebut nak dijadikan sebagai deposit membeli rumah pertama.

Namun, ramai yang tidak sedar. Kebanyakkan bank menganggap ASB financing ini sebagai komitmen bulanan anda. Kesannya akan effect Debt Service Ratio (DSR) anda sendiri. Maka, sila fahami perkara ini. Setiap apa yang anda lakukan, ada kesan disebaliknya. Maka, renungkan kata-kata ini:

"Financial maturity is giving up today's desires for tomorrow's benefit."


Penutup:

Bagaimana sekiranya gaji kita memang cukup-cukup makan? Apa yang perlu kita lakukan? Nak suruh menyimpan pakai pasir kew bang?

Pertama, amatlah penting untuk kita lihat semula senarai perbelanjaan. Buang perbelanjaan yang membazir & 'potong' apa yang boleh dikurangkan. Seterusnya, kita ada 3 cara tambahan untuk meningkatkan kita punya pendapatan. Iaitu, melalui konsep pelaburan -> Time, Principal (money) & Return:

-> Work on the time factor. Seperti kerja lebih masa (OT) atau membuat kerja sambilan/berniaga.

-> Work on the $ (money) factor. Seperti, melabur di ASB (tidak perlu belajar mengenai pelaburan kerana dana ASB diurus oleh golongan profesional).

-> Work on the R (return) factor. Iaitu, melabur sendiri di tempat yang memberi pulangan lebih tinggi seperti saham. Tapi, kena ada ilmu. *Jika malas nak belajar, lupakan point ini.

*Slide semasa seminar di Bursa Malaysia (2015)


Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)
"Manusia itu didefinasikan kepada 3: Ada otak & berfikir, ada hati & merasa, ada anggota & bekerja".

Tuesday, July 31, 2018

Apa di sebalik "bayang"?

Bagi memulai entry ini, sengaja dikongsikan sebuah kata daripada sebuah Ceramah agama. Katanya;

"Pelajar yang bagus itu adalah mereka yang diberi beberapa contoh (2 - 3 contoh berbeza), sudah ia memahami KONSEP sesuatu perkara". 


Tidak usah contoh yang terlalu jauh. Lihat sahaja pengajaran subjek matematik itu sendiri. Seorang Guru yang faham, mereka akan memberikan soalan latihan yang berbeza-beza. Contohnya, pelajar dikehendaki menjawab 2-3 soalan yang mempunyai konsep operasi tambah, tolak, darab & bahagi. Bagi pelajar yang bagus, mereka mudah memahami fungsi KONSEP operasi tersebut. 

Namun, bagi pelajar yang mempelajari berdasarkan konsep hafali (mengingati), kebiasaannya menghadapi sedikit masalah dengan sistem hari ini. Jika diperhatikan, kebanyakkan subjek di pengajian tinggi adalah kearah aktiviti berfikir dengan memahami konsep sesuatu perkara. Berbeza dengan pendidikan peringkat rendah (tadika, sekolah rendah), dimana lebih banyak aktiviti menghafal ditekankan sehingga membebankan pelajar dengan membuat latihan.

Ya, sistem pendidikan di setiap peringkat itu tidak serupa (dari sekolah rendah sehingga ke pengajian tinggi). Tetapi, mempunyai kesinambungan agar kita terus naik tingkatan... 


Masih tak faham? 
Sebenarnya, ini hanyalah mukadimah. Memang takde kaitan dengan tajuk yang ingin dibicarakan. Sekadar "bayangan"... Dan, guru sewajarnya perlu mensyorkan jenis soalan yang perlu dibuat latihan & jenis/judul buku yang perlu dihadam. Jika tidak, kesian para pelajar terpinga-pinga dimana ingin bermula. 


Apa di sebalik "bayang"?

Bayang itu merujuk kepada sesuatu. Sekiranya bayang manusia, maka sesuatu itu ialah diri sendiri (manusia). Maka, entry kali ini mengenai DIRI. Mengenal siapa diri, sekaligus cuba belajar mengenali 'bayang-bayang' di sekeliling (manusia lain).

Tertarik dengan sebuah kata; 
"Barang siapa yang mengenal dirinya, maka mengenal dia akan Tuhannya". 



Bentuk "Bayang" itu berbeza bergantung kepada sesuatu...

Takkala matahari menyinari, bayang mula kelihatan. Ada waktunya ianya menjadi pendek, ada kalanya ianya semakin panjang. Ya, bayang itu berbeza bentuk bergantung kepada keadaan (*bagi kes ini, faktor luarannya ialah cahaya matahari).

Secara umum, cara kita melayan seseorang itu berbeza berdasarkan siapa diri kita & orang sekeliling (seperti bos, suami isteri, kawan & etc). Maka, 2 faktor utama ini penting untuk kita hayati. Sepertimana bayang, bentuknya tidak lari daripada bentuk fizikalnya. Kerana, bayang itu adalah jelmaan. Dimana, faktor sekeliling hanya mampu mempengaruhi samada untuk memperbesarkan & memperkecilkan bayang. Namun, tidak akan mampu menghilangkan bentuk fizikal bayang. Kita adalah kita. Bayang itu hanya bayangan bagi mereka yang memandang... 




Personaliti umum: Angin, Api, Air & Tanah (Pemimpin, Pembicara, Pemikir & Pekerja)

Secara umum mengenai personaliti, setiap orang mempunyai elemen-elemen tersebut. Cuma, kecenderungan sahaja berbeza. Ada orang cenderung kepada elemen Angin sebagai pemimpin. Ada orang kearah elemen Air sebagai pemikir. Masing-masing tidak sama. 

Sekiranya anda ingin mengetahui kecendurangan personaliti anda, boleh sahaja melalui beberapa cara. Namun sebelum itu, renungkanlah kata Guruku;

"Ianya hanyalah kebiasaan. Bukannya kepastian".


Pernah dengar teori Tingkap Johari? 
Jika pertama kali, baca entry ini. 

Jika mengikut caraku mengenali diri, aku mulai dengan pembacaan buku. Try baca beberapa buah buku yang berkaitan perbezaan lelaki vs wanita, mengenai suami isteri, introvert & extrovert, rahsia tarikh lahir & sebagainya. Kemudian, jika anda tahu pusat kaunseling berdekatan, cubalah buat beberapa personality test sambil mendengar pandangan kaunselor mengenai anda.

Perkara lain yang boleh dilakukan, cuba dapatkan pandangan daripada rakan-rakan & pandangan orang tertentu mengenai dirimu. Akhir sekali, bandingkan kesemuanya dengan apa yang anda rasa & pernah lalui sebelum ini (pengalaman lalu). InsyaAllah, selepas itu anda lebih mengenali diri sendiri and keep updating ya...

Note: Sesetengah ceramah agama pun ada diselitkan mengenai isu perbezaan personaliti. Contoh, isu suami isteri. 

Pic 1: Antara ujian & pengukuran psokologi



Secara umum, elemen angin merupakan orang yang memiliki kelebihan dalam memimpin. Air kearah berfikir. Api kearah emosi (mempengaruhi- motivator/ pemasaran). Dan, tanah kearah kerajinan (pekerja yang rajin).

Jika anda berpewatakan pemikir, gunakanlah kelebihan kearah kebaikan. Bukannya merendahkan orang takkala anda lebih power daripada diaorang. Andai pula sebagai seorang pekerja, gunakan untuk menaiktaraf hasil kerja, bukannya sibuk mengejar pangkat & harta. Semoga hidupnya kita sering memberi manfaat kepada alam & sekalian manusia.


Penutup:

Sering kali kita tidak berpuas hati, dengan apa yang kita miliki. Sehingga membandingkan apa yang orang kuasai. Akhirnya, kita terlupa untuk mensyukuri & menghargai apa yang dimiliki. Jika begitulah keadaan kita, cubalah fikirkan. Adakah kita benar-benar mengenal apa disebalik bayang? Kerna....

Kita bukan setakat tidak 'kenal' Tuhan, malah tidak kenal siapa disebalik bayang.





Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)
"Everyone is gifted, but some people don't open their package"

Friday, June 8, 2018

'Pemimpin & Rakyat'

Nota: Ini sekadar pandangan ringkas penulis mengenai Pemimpin & Rakyat. Juga, boleh dikaitkan dengan situasi lain seperti Suami dengan Isteri, dan sebagainya. Maka, terserah anda untuk memahaminya dari sudut yang mana... 
........................................................................................................................................................


Seumpama pemimpin, si Suami juga memikul tugas yang amat berat bagi memimpin 'isterinya'. Si Suami harus menjadi ketua Pentadbiran, ketua Agama, ketua Ekonomi/ Kewangan, ketua perancangan 'bandar & wilayah', serta portfolio lain yang dirasakan perlu. 


Suara Rakyat?

Benar, pemimpin yang bagus itu adalah pemimpin yang turun kebawah sambil mendengar pandangan, masalah dan keluh-kesah rakyat-rakyatnya. Namun, tidak wajar si pemimpin itu menuruti kesemua permintaan orang bawahannya (rakyatnya). Kerja giler wei kalau nak 'kotakan' kesemuanya......

Perlu kita fahami, antara tugas rakyat ialah menegur/ memberi pandangan kepada pemimpin, dan membantu pemimpin melaksanakan apa yang dirancang. Manakala, antara tugas pemimpin adalah memimpin orang bawahannya agar tidak tersesat daripada landasan dalam pelbagai aspek, disamping perlu mendengar rintihan 'manja' rakyatnya. Begitulah keadaan, dimana rakyat amat bergantung harap kepada sang pemimpin. Seumpama, si isteri amat bergantung harap kepada si suami. 

Ini bukanlah bermaksud si isteri tidak yakin kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Ataupun si isteri tidak pandai hidup berdikari sendiri. Tetapi, kerana mereka mengerti. Apa itu suami & isteri. Begitu jugalah, rakyat & pemimpin...


Manifesto itu Janji?

Bak kata orang, sebelum kawen pelbagai janji ditaburkan. Sebagai rakyat, sudah tentu kita tidak lupa akan janji yang pernah dikatakan. Seperti 10 janji jika awak pilih saya (100 hari pertama kita). Nah, apabila diletakkan 'specific' masa, sejak hari pertama kita sudah mengira. Takkala 100 hari berlalu, bolehlah kita mempersoalkan 10 janji yang ditaburkan dahulu. Suami tak pegang kepada janji? Munafik la kan? Eeehhh.... 


Manakala, ada pula sesetengah pemimpin yang sedikit 'kreatif', dimana mereka tidak meletakkan tempoh yang specific bagi apa yang dijanjikan. Dari sudut baiknya, boleh di 'tunda-tunda' sebab tiada due-dated. Jika dikiaskan, ianya umpama anda sedang pregnant, tetapi tidak diberitahu due-datednya bila? Maka, sudah tentu diri tertanya-tanya, bila agaknya anak akan dilahirkan? Apa-apa pun, bagi kes seperti ini, ada tempoh 'kebiasaan' yang pasti iaitu 5 tahun sekali (PRU).



Sekiranya menjadi seorang Pemimpin?

Sekiranya kita seorang pemimpin, antara perkara pertama yang wajar dilakukan sebelum memimpin ialah kita mendengar dahulu rintihan, pandangan, cadangan, komen & permintaan daripada rakyat itu sendiri. Namun harus diingat, bukanlah bermaksud kesemuanya perkara harus dikotakan (kecuali, yang kita janji). Kadang-kala, masalah yang dikongsi oleh rakyat itu bukanlah sebesar mana, tapi sebab mereka nak 'bermanja'. Itu sahaja...

Apa yang mereka mahu ialah 'perasaan didengari'... (Kebiasaannya, telinga lelaki memang dengar apa yang dikata oleh si isteri, tetapi tidak faham. Biasalah, bukan mudah nak memahami 'bahasa' orang perempuan). 

Bahasa orang perempuan:




Pemimpin yang baik? 

Ada orang kata, pemimpin itu lahir daripada kalangan masyarakat (rakyat) itu sendiri. Maka, sekiranya masyarakat itu baik, maka baiklah pemimpinnya. Hal ini juga boleh dikaitkan dengan janji Allah swt mengenai lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Namun, bagaimana jika ditakdirkan sebaliknya?

Bagi menjawab kes ini, tertarik dengan ulasan daripada sebuah buku yang berbunyi;

"Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya. Tetapi, siapa dia setelah menikah denganmu. Maka, janji Allah bahawa lelaki yang baik itu untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan ke syurga". 


Manakala, salah satu indicator yang paling mudah untuk menilai seseorang pemimpin (*suami) itu baik atau sebaliknya, boleh kita kaitkan dengan hadis Nabi saw ;

"Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya". 

Dengan erti kata lain, tanyalah isterinya. Ataupun, ibunya (sekiranya lelaki itu belum berkahwin). Manakala, jika soal pemimpin negara, tanyalah rakyatnya yang berakal sempurna. Ulasan tambahan, bolehlah ke link ini. 


Penutup :

Sengaja aku petik kata Abang A'tikah. Katanya; "Kekeluargaan merupakan organisasi yang paling kuat/hebat di atas dunia ini". 

Seumpama pepatah melayu yang berbunyi, 'air yang dicincang takkan putus'. Berbeza sekiranya kita bergiat aktif dalam organisasi seperti organisasi syarikat, parti politik & sebagainya. Dimana, akan tiba masanya ianya akan terputus/ diputus atau dilepaskan. 

Umpama tali layang-layang. Takkala tali itu sudah sampai ke penghujung, sebaiknya kita perlu lepaskan untuk layang-layang itu terbang lebih tinggi. Ataupun, kita perlu mencari altenatif lain untuk menambah kepanjangan tali sedia-ada. Namun, sekiranya kita masih berdegil & tidak menghiraukan, ketahuilah akan tiba masanya, layang-layang itu sendiri akan memutuskan tali. 


Akhir kata, selamat memimpin untuk diri sendiri, keluarga & negara. Ingat, ianya bukanlah tugas yang gampang kerana kita akan dipertanggungjawabkan, apa yang telah kita lakukan. 

Hati-hati menabur janji, 
Takut janji dipersoalkan isteri,
Hati-hati memberi hati, 
Takut nanti memakan diri.


Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)
Pemimpin dan rakyat, berpisah tiada... 

Sunday, April 22, 2018

PRU14

Amat jarang aku menulis entry mengenai politik. Namun, disebabkan ada 'beberapa' yang bertanya, maka lebih baik aku menulisnya disini daripada menjawab satu persatu dalam WhatsApp ataupun Fb. Sebelum kita pergi lebih jauh, ayuh renungkan Quote pertamaku ini yang terhasil daripada dunia politik.



Dan, aku masih berpegang dengan kata-kata penasihat kami ketika dahulu. Iaitu;

"Pemikir/ Perancang yang hebat ialah apabila orang lain (*golongan awam) tidak tahu bahawa beliau yang merancang". 

Note: Bagi maksud 'orang lain' itu, aku sendiri yang meletakkan definasi sebagai orang awam. Kerana, mereka kebiasaannya tahu perkara luaran/ umum sahaja. Dan, mudah 'dipermainkan'.


Perlawanan 3 penjuru?

Bagi pilihanraya kali ini, ianya semakin memeningkan. Kerana, wujud 3 penjuru. Umpama, lampu trafik yang mempunyai 3 warna. Warna "Hijau" bermaksud Jalan, Warna "Merah" bermaksud Berhenti. Tetapi, apabila diwujudkan satu warna yang seumpama "kuning", kita mula tertanya apa yang perlu dilakukan. Perlu memecut atau berhenti?

Agaknya, begitulah persoalan para pengundi di Parlimen Parit Buntar, kawasan kelahiranku pada 9 Mei nanti. Fenomena 3 "lampu" yang berwarna yang menyala serentak. Maka, "lampu" manakah yang akan kita pilih bagi meneruskan perjalanan 5 tahun yang seterusnya? Apa-apapun, semoga pilihan yang dibuat itu, baik untuk anda dan juga pemandu yang lain. Bak kata orang, berhati-hati semasa Pilihan Raya. Ingatlah generasi yang seterusnya.


Manifesto Parti-Parti yang bertanding...

Bagi manifesto BN, tidak perlu aku ulas lagi memandangkan ramai yang membaca. Ya, secara umum sememangnya terdapat perkara yang aku kurang setuju dengan cara & apa yang dibawa oleh BN setelah sekian lama memerintah Malaysia. Namun, ada juga perkara aku menyokong. 

Bagi pembangkang pula, antara manifesto mereka yang aku kurang bersetuju ialah pemansuhan GST. Ini bukanlah bermaksud aku suka membayar GST. Namun, disebabkan sebab-sebab tertentu. Seperti, GST boleh dikatakan sistem cukai yang efisien setakat ini, sekaligus dapat mengurangkan 'jenayah' pernipuan dalam perniagaan/ dunia korporat. 


Benar, GST itu zalim kerana ianya juga dikenakan keatas orang miskin. Namun, sebagai timbal balas, kerajaan memberikan BR1M. Maka, nasib orang biasa atau kurang pendapatan masih dibela. 

GST juga antara penyebab kenaikan harga barang. Namun, ianya bukanlah sebab utama. Untuk detail, mohon baca entry Kenapa Harga Barang Naik?



Manakala, solusi yang dibawa oleh pembangkang untuk 'kontra' dengan penghapusan GST ini juga meragukan. Seperti PAS, mereka mencadangkan cukai saham & cukai atas simpanan korporat. Secara jujur, terlampau banyak perkara yang boleh dipertikaikan dengan tawaran ini. Serta, kesan-kesannya.

Sebaliknya, aku lebih berharap agar diwujudkan satu cukai baru keatas HARGA RUMAH bagi pembelian kali ke-2 & seterusnya (pembelian rumah pertama = free tax). Dan, sudah tentu aku ada sebab tersendiri kenapa alatnya adalah RUMAH. Detail idea ini, boleh baca disini. *Ini merupakan salah satu tajuk yang ingin aku kaji sekiranya ada 'peluang' menyambung pengajian. 



Pandangan lain?

Amatlah sukar untuk menyatukan orang melayu / Islam dalam politik di Malaysia ini. Lihatlah, berapa banyak parti bersifat bergitu sehingga memecah belahkan. Sebaliknya, adalah lebih mudah menyatukan bangsa melayu/ Islam dibawah Majlis Raja-Raja. Kenapa? Bacalah Institusi Raja-Raja Melayu: Peranannya dalam memelihara kedudukan Islam dari sudut perlembagaan. 

Ya, Institusi UTAMA yang menjaga agama Islam di negara ini, masih dibawah kuasa Raja-Raja. Bukannya parti politik. *Jika ada, ianya sekadar add-value. 


Manakala, jika diperhatikan cukai yang ingin dibawa oleh PAS adalah berkonsepkan cukai Islam (zakat), dimana hanya orang-orang kaya sahaja dikenakan. Namun, mungkin mereka terlalu tergesa-gesa. Sebagai contoh, antara thesis rakanku mengenai Zakat & koperasi di Malaysia, majoriti koperasi tidak membayar zakat. Walaupun, lembaga pengarahnya adalah beragama Islam.

Antara sebabnya, tiada undang-undang yang mewajibkan bayar zakat bagi syarikat/korporat, disamping tiada rebet cukai kepada syarikat jika membayarnya (berbeza dengan cukai pendapatan individu, dimana jumlah zakat anda boleh mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar). 

Yes, jika diteliti. Kedua-dua institusi agama & zakat ini boleh diperkasakan tanpa dipolitikkan. Disamping Ke-RAJA-an itulah kerajaan!. 


Perancangan... (*masih dalam kebarangkalian)

1. Kemungkinan aku akan mengundi parti pembangkang (PH atau PAS) & parti kerajaan (BN) pada 9 Mei nanti. Dan, ianya bukan undi rosak tau!

Boleh kew?

Secara umum, terdapat dua jenis kawasan. Iaitu, kawasan DUN & PARLIMEN.
Bagi kawasan DUN, sekiranya pihak pembangkang menang majoriti, maka mereka akan membentuk kerajaan di negeri tersebut. Seperti yang berlaku di Selangor, Kelantan, & Pulau Pinang.

Manakala, sesiapa yang menang majoriti kawasan PARLIMEN, merekalah yang akan mentadbir MALAYSIA. 

Oleh itu, sekiranya anda tidak suka BN mentadbir negeri anda, maka undilah parti lain. Begitu jugalah sekiranya anda tidak suka pembangkang menguasai Putrajaya, maka undilah BN. Itu sahaja.



Ya. Bunyi macam menarik kan? 
Negeri ditadbir oleh pembangkang (PH / PAS). Manakala, Negara ditadbir oleh kerajaan (BN). Contohnya, seperti 3 buah negeri diatas tadi.


2. Disebabkan ada kemungkinan aku akan membuat undian satu di pihak sana, satu lagi di pihak sini. Maka sudah tentu penilaian terhadap calon yang bertanding juga diambil kira. InsyaAllah, bagi PRU kali ini, aku balik awal dari hari Sabtu sehingga Rabu. Ye lah kan... Mana cukup sehari untuk menilai & mendengar siri ceramah calon-calon di tempat kita. Kecualilah, aku undi based on kepartian sahaja, tanpa melihat kepada perkara yang selainnya.

Selain itu, takde la kecewa sangat jika tertiba calon itu 'tukar parti' selepas menang (terjadi dlm BN, PH & PAS). Ataupun, tertiba PAS bergabung dengan BN atau PH untuk membentuk kerajaan. Atleast, aku takde la kecewa sangat. Sebab, undian aku bukannya based on kepartian sahaja. 


Setakat ini, aku pernah diajak berbual dengan calon BN bagi PRU13 yang lepas secara berdua sahaja. Dalam bahasa halus, beliau nak 'brainwash' aku time tu. Dan, ada perkara yang aku setuju, serta ada juga perkara yang aku kurang bersetuju.

Bagi calon lain, tak pernah lagi aku berbual. Maybe, aku bukanlah orang penting. Berbeza calon BN yang kalah pada PRU13 itu, beliau melihat golongan mahasiswa/i ini merupakan aset dalam negara. Maybe la... 


Penutup...

Antara penyebab kekalahan UMNO bagi PRU pertama di Kerian, Perak ialah kerana terdapat 2 calon UMNO yang bertanding bagi pihak kerajaan. Sehingga, memecah-belahkan jumlah undi penyokong UMNO itu sendiri. Maka, bagaimana pula situasi pembangkang hari ini yang mempunyai 2 penyokong yang berbeza 'kapal'


Kembali kepada PRU13 yang lepas, memang diakui bahawa aku mengundi based on parti, tanpa kenal siapa calon yang bertanding. Sehinggakan, kempen ceramah daripada pihak lawan pun aku tidak pergi. Sebab, mula-mula lagi aku telah tetapkan, parti mana yang akan diundi. So, buat apa nak pi dengar kempen pihak sana? Buang masa... 


Namun, bagi PRU14 ini. Style-ku mungkin berbeza, ditambah selepas meneliti kebanyakkan isi kandungan manifesto parti-parti yang bertanding. Maka, aku membuat kesimpulan ringkas bahawa masing-masing ada janji manis & kekurangan tersendiri. Sehingga, ada kalanya aku meragui janji manis mereka bak 'gula-gula'. Tapi, hakikatnya adalah 'garam'. Sebab itu 'semut' tak datang..... 


Dari sudut lain pula, boleh juga kita kaitkan perkara-perkara diatas ini dengan kehidupan kita dalam mencari pasangan. Seperti;


"Sekiranya korang tak suka pilihan mak ayah korang (pasangan hidup), adakah korang masih ingin meneruskan perhubungan? Disini, tidaklah bermaksud kita ingin melawan mereka, tetapi harus diingat bahawa yang akan hidup & tidur bersama itu adalah kita". 


Maybe aku berbeza. Dimana, aku akan mencari seseorang yang mempunyai kebanyakkan ciri-ciri yang diminta oleh parentku TANPA melupakan ciri-ciri penting yang aku tetapkan (tak banyak pun ciri2 aku dalam memilih pasangan, iaitu 3 sahaja). 

Harus kita sedari. Banyak skop yang perlu diteliti dalam memilih "seseorang". Ketahuilah, kita memilih 'seseorang' itu bukanlah untuk tujuan 'bermain' sahaja. Tetapi juga, ianya soal anak cucu kita. Dan, bak kata seseorang dalam catatan sebuah buku ;

"Jika kita mencari yang sempurna, kita akan kehilangan yang terbaik". 
Maka, berpada-padalah dalam membandingkan...


Sebagai kesimpulan dan penutup. Apa pun keputusan yang anda pilih dan tanda "X", ingatlah pesanan Mr Slumb (Quotes ke-3).





Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)
::It's okay jika tidak bersetuju. Kerana, itu tandanya kita manusia....