Sunday, December 31, 2017

"Universiti Kehidupan" (Tahun Kedua)

Selepas berlalunya "Universiti Kehidupan" (Tahun Pertama), maka bermulalah kehidupan pelajaran bagi sesi tahun kedua (2017).


Secara umum, tema utama universiti kehidupan tahun kedua ini mengenai "Pelajaran". Dimana, berkesempatan menjadi cikgu tuisyen bagi beberapa subjek yang pernah dipelajari di bangku sekolah. Seperti kebiasaan, tahun ini juga terhasilnya sebuah Quote yang berasal daripada dunia pendidikan. Iaitu ; "Hidup itu Ujian. Maka, Belajarlah".


Bagi tahun ini, tidak banyak perkara menarik yang dilalui. Hanya biasa-biasa sebagai seorang remaja yang meningkat dewasa. Biasalah,... Kesusahan mencari kerja baru selepas pulang dari Korea. Dengan keadaan ekonomi yang lembab, kadang-kala terasa ingin putus asa. Terlalu ramai graduan, namun terlalu sedikit kekosongan. Bukan bermakna kebanyakkan graduan tidak berusaha atau memilih kerja, tetapi zaman kini berbeza. Bukan mudah untuk hidup dalam zaman "Work hard, Think Smart & Compoundedkan" ini. Berbeza dengan era 80 - 90an.



Kenapa tahun ini dianggap "biasa-biasa"?

Entahlah. Mungkin ini kesan daripada tahun-tahun yang lalu. Apa yang aku perasan, tahun kedua ini aku tidak meletakkan sebarang impian, azam mahupun harapan. Tiada...

Aku fikir, ini antara kesan apa yang berlaku semasa Universiti Kehidupan tahun pertama. Dimana, aku pernah mengatakan kepada beberapa orang penting dalam hidupku bahawa ; "Aku akan mati". *Ada kisah disebaliknya. 

Sedar atau tidak, dengan kata-kata tersebut, aku telah melakukan satu kesilapan yang besar iaitu  'mematikan' segala harapan mahupun impian. Juga, telah menutup pintu percintaan. Padahal, nyawa masih dikandung badan, namun semangat & harapan sudah hilang. Maka, jadilah seseorang yang hidup seperti 'kebiasaan orang-orangan'. 


Penutup:

Ya, coretan kisah tahun kedua ini terlalulah pendek. Tidak banyak perkara luar biasa dari kebiasaan. Hanya "Pelajaran" yang sering di ulang-ulang. Dan, daripada pelajaran itulah membuat aku tersedar bahawa harapan aku telah hilang. Untuk tahun ketiga (2018) ini, aku perlu bangkit. Bangkit dengan mengembalikan azam, semangat & cinta yang hilang.

Ya, hidup ini harus ada tujuan & pencarian. Agar sentiasa bersemangat menempuh laluan dalam kehidupan. Letaklah sasaran yang tinggi, agar diri selalu bersemangat ingin mengecapi. Kepada rakan-rakan yang masih tiada kerja tetap. Jangan putus asa. Yakinlah, kepada Tuhan yang Maha Pencipta.


Dan, bak kata daripada movie Jumanji (game) ; "Hidup ini hanya sekali. Maka, tentukanlah apa yang anda mahu jadi". 



Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)
Bangkitnya Kapal bmuls selepas ditebalikkan

Saturday, September 2, 2017

"Hidup itu Ujian"

Sepertimana Firman Allah S.W.T dalam ayat pertama yang diturunkan:

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan”


Sudah pasti ramai yang tahu, ayat tersebut mengenai seruan belajar/ membaca. Tapi, apa kaitan dengan tajuk entry kali ini? Maka, bagi penulisan kali ini, aku ingin membawa korang kearah sudut pandang yang sedikit berlainan. Mengenai kepentingan "Belajar", "Hidup" & "Ujian".


Sebelum kita pergi lebih jauh, marilah kita renungkan kata-kata ini, daripada orang terdahulu (*disebabkan ada pelbagai perbahasan mengenai kata2 ini daripada mana, maka aku tulis ianya daripada orang terdahulu saja).

“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaklah dengan ilmu. Barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaklah dengan ilmu. Dan, barangsiapa yang menginginkan keduanya, maka hendaklah dengan ILMU.”


Malah, mereka (orang-orang dahulu) juga sangat mengalakkan masyarakat belajar dan terus belajar. Sehinggalah ke liang lahat.....

Kenapa? Adakah mereka menyuruh kita belajar tanpa perlu bekerja? Atau, bagaimana?



Oh my Class...

Didalam kelas tuisyen, kadang-kala sengaja aku memberikan soalan yang tiada kaitan dengan silibus pengajian. Antaranya seperti;

"Kenapa hangpa nak sambung belajar (diploma/degree & etc)?"

"Kenapa kita perlu belajar sehingga ke liang lahat (mati)?" Dan, sebagainya...


Seperti biasa, pelbagai respon/ jawapan daripada mereka ; "menuntut ilmu itu fardhu", & sebagainya. Namun, aku tidak mahu ulas perkara yang mereka sudah tahu.

Maka, aku bawa mereka kepada satu sudut pandangan yang berlainan mengenai kata2 tersebut, sambil mengatakan "Hidup itu Ujian".


Kenapa begitu?
Mudahnya,.... Apabila hangpa "belajar", secara automatiknya akan digelar "pelajar". Dan, adalah normal sebagai seorang "pelajar", anda akan DIUJI. WAJIB!.

Seperti di sekolah, pelajar akan diberi ujian mengikut jurusan & "tingkatan". Malah, boleh dikatakan setiap tahun ada UJIAN. Berita baiknya, 'cuti' pun ada selepas ujian. Begitu jugalah perumpaan dalam kehidupan. Ketahuilah, setiap kesusahan itu ada kemudahan.


So, apa hubungkaitnya dengan HIDUP?
Hidup didunia ini boleh didefinasikan semenjak anda lahir sehingga ke liang lahat (mati). Itulah tempoh keHIDUPan didunia. Dan sepanjang kehidupan ini, anda akan melalui pelbagai "ujian". Sehinggalah mati....


"Belajar dari Sejarah?"

Orang-orang dahulu amat mengalakkan kita belajar daripada sejarah. Kenapa harus belajar daripada "sejarah"? Bukankah zaman kita dan mereka berbeza?

Menurut 'technical analysis' pula, "history tend repeat itself". Kenapa?
Mudahnya... Kerana manusia (kita) tidak suka belajar. Kerana mereka amat faham, apabila bergelar 'pelajar', maka akan ada ujian.


Tapi, kenapa harus belajar daripada sejarah? Bukankah zaman mereka & kita berbeza?

Huuurrrmmm..... Pernahkah sebelum peperiksaan, anda membuat latihan menggunakan soalan peperiksaan tahun-tahun yang lalu? Ya, soalan-soalan ujian senior anda. Jika pernah, lebih mudah untuk anda fahami penjelasan ini.

Kenapa kita mengulangkaji/ menjawab soalan peperiksaan tahun-tahun lepas? Sedangkan kita sedari bahawa tidak mungkin soalan tahun lalu itu, akan keluar 'sebijik' pada tahun ini.


Pandanganku, kita menjawab soalan tahun lalu bukanlah untuk 'mencari jawapan' tetapi ingin 'belajar daripada sejarah'. Agar kita tidak terjatuh ke dalam lubang biawak lagi.


#Secara jujur, teknik 'belajar daripada sejarah / orang lain' merupakan antara style yang aku lakukan sebelum peperiksaan. Iaitu, membuat/ melihat soalan-soalan tahun lepas dan membaca nota-nota yang dibuat oleh kawan2 sekelas.

Sebabnya mudah. Sesuatu yang bagus jika kita mengetahui 'jawapan'. Namun, 'mencuba' memahami cara atau style seseorang itu berfikir lebih menarik. That's why, antara jenis buku yang aku suka baca ialah yang berkaitan dengan 'personaliti' & 'manusia". Btw, ekonomi juga mengenai ilmu yang 'mengkaji' manusia. Haha!



Penutup:

Sering kali apabila kita memandang ke belakang, hati ingin kembali ke zaman dahulu. Terutama, semasa level kita masih ditahap 'beginner' iaitu zaman kanak-kanakan. Zaman itu, tidak banyak perkara yang meruncingkan, cuma di fikiran hanyalah keseronokkan.

Dalam entry ini, aku sertakan antara kata-kata yang pernah aku kongsikan kepada adik-adikku iaitu ;

"Jika nak cari pasangan, carilah yang orang yang suka belajar. Pi ceramah, kuliah, seminar & sebagainya".

Ada beberapa maksud tersirat yang ingin aku utarakan, iaitu... Kadang-kala, manusia ini degil dan ada egonya. Dan, menjadi kebiasaan manusia apabila mengenal seseorang dengan rapat (baik & buruk), akan wujud satu perasaan iaitu kita mula mendengar pandangan mereka dengan sebelah telinga. Hanya kerana kita berasa "cukup kenal". Maka, perlu kita membina & mencari pandangan pihak ke-3 seperti buku, ceramah, orang sekeliling (I'm prefer buku & ceramah).


"Hidup itu UJIAN". Maka, BELAJARLAH...

Dan, "Jika dihatimu ada Allah, engkau tidak akan pernah kecewa". 


Note: Banyak benda aku tidak tulis dalam entry ini, jika dibandingkan dengan idea asal. Mungkin disebabkan aku malas. Ataupun, mungkin kerana aku mahu korang fikirkan sendiri, apa yang ingin aku sampaikan. Entahlah~



Redha?
Tertarik dengan sebuah persoalan yang ditanya (kisah orang dahulu). Apakah tanda seseorang itu redha? Jawapnya, apabila perasaan semasa beliau menerima musibah itu serupa takkala beliau menerima nikmat.




































Yang Benar,

Fedli Isa (Slumb)
Mahasiswa "Universiti Kehidupan", Tahun ke-2.

Thursday, July 20, 2017

Ujian: 'A' for Allah

Sejak zaman persekolahan lagi, kita telah diajar untuk mengejar & mendapatkan "A" dalam setiap ujian. Mereka yang mendapat "A" dalam ujian, cikgu bilang (kata), mereka itulah orang-orang yang berjaya sekaligus berpeluang mendapat 'perhargaan' (pelajar cemerlang).

Yes, "A" for ALLAH. 
'D' for Dunia. 
'F' for Failure (Orang-orang yang gagal dalam kehidupan didunia mahupun di akhirat).


Begitu jugalah, soal ujian dalam kehidupan. Tidak jauh bezanya dengan ujian didewan persekolahan. Sering kali muncul soalan yang menguji minda, kefahaman dan keyakinan (bentuk soalan multiple choose, essay & true/false). 

Ya, setiap manusia mempunyai kertas ujian yang berbeza, disamping tahapnya yang tidak serupa. Ada yang mendapat tahap 'rendah', 'menengah', 'tinggi' dan sebagainya bergantung dengan kondisi dirinya. Mudahnya, ada orang mendapat ujian dalam bentuk 'Harta', namun tahapnya tidak sama. Mungkin kita diuji dengan 1 ribu, tetapi orang lain diuji dengan 1 juta.


Sebelum, Semasa & Selepas Ujian.

Menghadapi ujian itu bukanlah gampang. Dan, meluahkan perasaan itu bukanlah senang. Sering kali ianya menekan sehinggakan ada yang tercundang. Hanya yang berjaya akan naik tingkatan (*seperti, dapat menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi/ Universiti).


Pelbagai keadaan dan persiapan dilakukan oleh manusia bagi menghadapi ujian. Ada yang telah memulakan persiapan 2-3 bulan sebelum tarikh ujian (kaki study), ada yang kaki study last minit, malah ada juga yang malas umpama pasrah dalam kehidupan.

Semasa ujian pula, ada pelbagai reaksi yang terzahir. Bagi mereka yang sudah bersedia (study & cukup membuat latihan), insyaAllah mereka mampu menghadapi ujian yang telah diberikan. Manakala, bagi mereka yang tidak membuat persediaan rapi, kemungkinan untuk kecundang dan merasa stress itu tinggi.

Akhirnya, apabila berakhirnya ujian (selepas), perasaan relaks mula kembali. Perasaan debaran pula mendatang, sambil menunggu keputusan. Ada yang berjaya mendapat 'A', namun ramai juga yang tidak berjaya mendapatkan-Nya. Jika tidak percaya, lihatlah semasa 'keputusan peperiksaan keluar' (SPM contohnya). Berapa peratus para pelajar yang mendapat straight 'A' berbanding selebihnya. Ya, ianya bukan gampang. Perlu persediaan dalam pencarian.

Apa-apapun, usah menyerah. Cuba lagi, dalam ujian yang mendatang dengan persiapan. Semoga 'A' dalam pencarian.


Gambar di sebuah Masjid, Seoul Korea. Entah bagaimana, sehingga aku 'tercampak' ke sini. 
Latar belakang bertulis, "Allahu Akbar" (Allah Maha Besar). 


Soal pendidikan : Sistem baru KSSR.

Tidak banyak dapat aku ulas kerana aku bukanlah orang dalam yang faham. Cuma, apa yang aku nampak (pengalaman sebagai cikgu tuisyen) ialah ada benda baik & buruk berdasarkan sistem baru ini.

Secara umum, kebanyakkan silibus adalah bersifat 3 tahun ke hadapan. Dimana, pelajar tingkatan 1 sekarang ini diberikan silibus tingkatan 4. Antara perkara yang baik ialah adanya penambaikan & kemaskini silibus yang lama serta ianya lebih interaktif.

Namun, kekurangannya pula. Silibus ini terlalu power habak hang. Sehinggakan aku perlu menggunakan kepintaran tahap degree untuk menjawabnya. Maka dengan itu, sering aku katakan kepada anak muridku (tuisyen). "Sekiranya hangpa mampu dapat keputusan cemerlang dalam SPM, time dekat IPT nanti, insyaAllah takde masalah dah. Sebabnya, silibusnya lebih kurang sama". Kecuali, jika level degree korang, ditukar silibusnya ke tahap 'PHD'. Haha...



Penutup:

Selepas apa yang pernah aku lalui, tajuk entry ini tidaklah layak untuk aku ulas berdasarkan keadaan diriku. Malah, tagline blog ini juga tidak sepatutnya aku letakkan sebegitu (Bismillah, bacalah dengan memahami maknanya). Kerna, aku tahu siapa aku, kelemahan & keaiban.

Note: Untuk entry mengenai Ujian, aku syorkan tulisan ini. 


Dalam penutupan ini, ingin aku katakan. Apa-apapun yang berlaku dalam kehidupanmu,

"Janganlah menjadi seperti kebanyakkan manusia 
yang tidak berpuas hati (tidak redha) dengan dunianya".


Ianya my 3rd quote. Dan, kata-kata inilah yang sering menguatkan diri untuk terus hidup takkala hampir putus asa (ada kisah disebalik). Dan, Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Wahai jiwa yang tenang! (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang ridha dan diridhai-Nya (28). Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku (29), dan masuklah ke dalam surga-Ku (30).” (Al-Fajr 27-30).


Semasa proses mencari idea bagi entry ini, teringat akan satu keadaan pada masa dahulu. Dimana, JIKA aku dikurniakan satu doa terakhir yang makbul, satu sahaja aku pinta. Iaitu;

"Semoga aku kembali dalam keadaan Redha & diredhai-Nya". 

Ya, aku teramat rindu detik itu, walaupun ia adalah detik yang amat sukar dalam kehidupan. Bila imbas kembali, ianya menghiburkan disamping memotivasikan.



Akhir kata; When "A" is your reason to LIVE, 
You will never have a reason to Quit.

Yes, 'A' for Allah... 



Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)
"Percayalah. Hidup ini Ujian".

#Mode: Tengah mencari Kerja kosong. Disamping mencari 'A' dalam kehidupan seharian.

Monday, May 1, 2017

Ilmu ekonomi mengkaji manusia?

Ramai orang beranggapan bahawa ekonomi adalah berkaitan dengan wang atau sekadar teori tertentu sahaja. Hakikatnya, skop ekonomi lebih luas daripada apa-apa yang anda fikirkan.



Sebelum mengulas lanjut, eloklah kita fahami dahulu, apa itu ekonomi.

Perkataan Ekonomi berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'oikou' (rumah tangga) dan 'nomos' (aturan). Oleh itu, ekonomi bererti peraturan rumah tangga.


Ilmu ekonomi didefinasikan sebagai satu kajian sains sosial yang mengkaji perlakuan individu dan masyarakat dalam memperuntukkan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad (*definasi masyarakat Barat mengenai Ekonomi). Manakala, dari sudut Islam, ekonomi dikenali sebagai ilmu 'muamalat', iaitu hubungan manusia dengan manusia dalam urusan seharian. Dibawahnya pula, terdapat pelbagai ilmu/sub-topik kecil seperti ilmu kewangan, pengurusan, perniagaan, pelaburan & sebagainya.

Maka, bagi memudahkan pemahaman, kesemua ilmu dibawah ekonomi dianggap sebagai sains sosial yang mengkaji perlakuan manusia dalam membuat keputusan. Contoh mudah, cuba perhatikan kata-kata Sun Tzu (Art of War) dibawah. Bukannya kata-katanya mengenai peperangan. Apa kaitannya dengan Ekonomi/ Perniagaan?

-> Kecuali, kedua-duanya dibawah skop yang serupa. Iaitu, sebuah ilmu yang mengkaji "perlakuan/ perangai manusia". 



Ilmu Ekonomi juga bukan sekadar menjawab persoalan asas mengenai ekonomi, ia juga memberi pencerahan mengenai sikap manusia itu sendiri. Sebagai contoh, ekonomi membahagikan manusia itu kepada 3 unit(kategori) iaitu Isirumah, Firma & Kerajaan. Dan, setiap unit ini mempunyai sudut pandang & matlamat yang berlainan. Tidak sama!


Ekonomi is Boring~.... 

Kadang-kala, belajar ilmu ekonomi ini membosankan (*termasuklah sub-topik dibawahnya seperti ilmu pelaburan, kewangan, pengurusan & etc). I'm serius. Dan, ini antara sebab, jarang sekali aku meminjam buku di Library (semasa zaman study), yang berunsur akademik mahupun yang berkaitan dengan matapelajaran yang di ambil. Yang banyak aku pinjam ialah buku pasal 'lelaki dari planet X, perempuan dari planet Z, introvert, dyslexia. Serba sedikit buku agama & sebagainya. Dan, apabila minggu study week pula, aku akan meminjam 3-4 buah buku yang tidak ada kena mengena dengan final exam. Sebabnya mudah, agak membosankan membaca buku yang sama, dan ini antara cara aku 'relaks'kan kepala otak.



Penutup:

Sekiranya anda belajar ekonomi, anda perlu faham 2 perkara. Pertama, apa yang diajar dalam ekonomi. Kedua, mengenai manusia yang mempunyai pelbagai personaliti, matlamat & etc.

Ingat, komputer juga boleh faham apa itu ekonomi (programkan otak dia dengan silibus), tetapi komputer belum tentu faham mengenai manusia. Sebab, robot tetap robot. Dan, manusia tetap manusia!.

Sekian,,, Macam pendek pulak entry ini. Haha...


Yang Benar,

Fedli Isa (Slumb)
Seorang pemikir yang berpewatakan Introvert & Dyslexia.

Friday, March 3, 2017

Kenapa Harga Barang Naik?

Note: Entry ini merupakan versi kemaskini bagi entry yang lalu (4 Point UTAMA Penentu Harga). Dan, disebabkan aku tidak suka mengedit entry lama, entry ini ditulis dan entry lama dikekalkan. Tujuan & bezanya ialah entry yang lama adalah berdasarkan level & kefahamanku di waktu itu. *Maaf, entry ini mungkin sedikit berakademik. HAHA... (^_^)


................................................................................

Ramai yang tersalah sangka apabila berbicara mengenai penentu harga yang sebenarnya. Dan, sering aku perhatikan bahawa kebanyakkan kita suka melihat kesimpulan, bukannya perkara yang diperbincangkan. Jadi, adakah fenomena harga Barang Naik ada kaitan dengan politik?


Disini, aku kongsikan 4 point utama yang menentukan harga sesuatu barang. Dan, semestinya Barang Naik (BN) tiada kena mengena dalam point utama entry ini.


Pertama: Fenomena kenaikan harga barang yang pertama adalah disebabkan oleh "kenaikan kos pengeluaran". 

Inilah lumrah dalam dunia ekonomi & jual beli. Jika anda seorang peniaga/firma, sudah tentu anda akan menaikkan harga sekiranya kos pengeluaran meningkat. Dan, matlamat sebuah firma dalam apa jua sistem ekonomi yang digunapakai adalah sama/hampir sama. Iaitu, memaksimumkan keuntungan. Siapa nak rugi kan?


Kos pengeluaran ini sebenarnya amat berkaitan dengan masalah asas ekonomi, iaitu;

1. Apa barang yang hendak dikeluarkan? 
-> Ini boleh dikaitkan dengan kos bahan mentah untuk mengeluarkan sesuatu barang.

2. Berapa banyak ingin dikeluarkan? 
-> Rumusnya, semakin banyak barang yang dikeluarkan, semakin jimatlah kos pengeluaran per unit.

3. Bagaimana untuk mengeluarkan? 
-> Samaada, menggunakan intensif modal atau buruh. Ataupun, mix antara kedua-duanya. Teknik/cara pengeluaran ini juga akan mempengaruhi kos pengeluaran. Seperti, sekiranya sesebuah firma menggunakan intensif buruh, maka setiap bulan pihak syarikat terpaksa membayar gaji pekerja yang semakin naik, tahun ke tahun.


Kedua: Bergantung kepada Kuasa Pasaran iaitu interaksi antara permintaan & penawaran di pasaran.

Situasi ini, berkaitan dengan hukum bagi permintaan & penawaran. Ilmu ekonomi mengatakan, Hukum permintaan adalah berbentuk songsang/ negatif. Dimana, apabila harga barang naik, kuantiti yang diminta akan turun. Dan, sebaliknya (vice versa). Perkara ini boleh dikaitkan dengan matlamat isirumah/ pengguna itu sendiri iaitu untuk memaksimumkan kepuasan. Sapa suka beli harga barang yang mahal?

Manakala, Hukum Penawaran pula bersifat positif. Dimana, apabila harga barang naik, kuantiti yang ditawarkan oleh firma di pasaran juga akan meningkat. Dan, sebaliknya (vice versa). Hal ini disebabkan oleh matlamat firma itu sendiri iaitu untuk memaksimumkan keuntungan. That's why, semasa harga mahal, firma sanggup meningkatkan pengeluaran. (*Hasil = Kuantiti x Harga).

Dan, interaksi antara permintaan & penawaran ini akan membentuk titik keseimbangan pasaran, iaitu apabila kuantiti yang diminta = kuantiti yang ditawarkan. Ataupun, apabila keluk permintaan bersilang dengan keluk penawaran.


Soalan: Kenapa keluk permintaan & keluk penawaran tidak pernah merentasi angka zero (0) atau kawasan negatif? Kenapa?

Jawapannya ialah, pengeluaran barang ekonomi melibatkan kos (bayar gaji pekerja, bahan mentah & etc. Seperti yang diterangkan dalam point pertama diatas). So, harap anda memahami. Point pertama diatas iaitu kos pengeluaran adalah, 'faktor pertama' yang menentukan harga sesuatu barang. Faktor kedua pula, soal permintaan vs penawaran di pasaran.


Ketiga: Bergantung kepada sesuatu yang bernama "Pelaburan".

Dahulu, aku juga seperti kebanyakkan mahasiswa. Dimana, aku beranggapan bahawa ilmu ekonomi yang aku pelajari tidak praktikal dengan dunia realiti hari ini. Buktinya, berdasarkan hukum permintaan yang dipelajari, apabila harga barang turun, kuantiti diminta (permintaan) akan naik. Dan, sebaliknya/ vice versa.

Namun, apabila melihat kepada situasi harga rumah masakini (contoh kes), ianya seumpama tiada logik dan bercanggah dengan hukum permintaan. Adakah wajar, apabila harga rumah naik, permintaan terhadap rumah juga naik. Dan, apabila harga rumah turun, permintaan juga naik. Pening kan? Adakah manusia hari ini sudah gila atau hukum permintaan ini yang sudah tertinggalan?


Dan, Bukankah apabila titik keseimbangan pasaran berlaku (kuantiti yang diminta = kuantiti yang ditawarkan) harga tidak akan berubah? Kan?

Ya, memang betul. Memang itu konsep keseimbangan pasaran. Namun, usahlah mengecilkan skop pemerhatian kerana masih ada banyak faktor/Penentu Permintaan & Penawaran dipasaran selain harga barang itu. Penentu ini juga dikenali sebagai 'faktor-faktor lain' atau disebabkan oleh 'bukan harga barang itu'. Dan, faktor-faktor tersebut akan menyebabkan berlakunya 'Perubahan Permintaan atau Penawaran' (*dimana, akan mewujudkan keluk permintaan / penawaran yang baru).

Tertarik dengan kata pepatah dalam filem 'Now You Can See Me' ;

"The closer you look, the less you'll see"


Ok, apakah point dibawah tajuk 'Pelaburan' ini? Secara umum, aku kongsikan 2 perkara. Iaitu;

1. Untuk siapa sesuatu barang itu dikeluarkan? (*ini merupakan masalah asas ekonomi yang ke-4).

Berdasarkan point ini, dapatlah kita membahagikan pengguna (manusia) itu kepada beberapa golongan dan tujuan. Contohnya, pengguna, trader, spekulator, investor & sebagainya.

Dalam Islam, niat dianggap penting dan amat dititikberatkan kerana ia adalah tujuan dan matlamat. Maka, setiap sesuatu itu berdasarkan niat... Bagi seorang penjual (trader), tujuannya adalah untuk mendapatkan keuntungan iaitu dengan 'Buy low, sell high' atau, 'Buy high, sell higher'. 

Bagaimana pula matlamat seorang pelabur?
Jika barangnya adalah sebuah rumah, mereka melihat ianya sebagai sebuah pelaburan. Berbeza dengan pengguna yang melihat rumah itu sebagai sebuah kediaman. Spekulator lagi la, dia anggap ianya umpama 'barang mainan'.


2. Jangkaan harga dimasa hadapan (*merupakan penentu permintaan & penawaran).

Ringkasnya, harga barang hari ini adalah berdasarkan harga dimasa hadapan (PV = FV). Detail, sila belajar subjek 'pelaburan'. Korang juga akan belajar mengenai payback method, NPV, IRR dan sebagainya.


Keempat: Faktor-faktor lain

Dibawah permintaan dan penawaran, ada pelbagai lagi faktor lain yang akan mempengaruhi harga sesuatu barang. Seperti, dasar kerajaan melalui pemberian subsisi dan pengenaan cukai GST. Secara umumnya, lain-lain faktor ini juga akan memberi kesan kepada perubahan harga sesuatu barang. *Point ini, sampai disini jelah. Penat nak menaip bang...


Penutup:....

Sebenarnya, apa yang ditulis diatas adalah berdasarkan buku teks Ekonomi tingkatan 4. Ya, tingkatan 4. Persoalannya ialah, jika benar budak tingkatan 4 pun sudah mempelajari benda alah seperti ini, kenapa masih ramai mahasiswa sukar menjawab masalah ekonomi masakini (realiti punya)?

Bagi menjawab soalan ini, ingin aku kongsikan mengenai prinsip Ceteris Paribus. Apakah itu?


Ceteris Paribus bermaksud, faktor lain tidak berubah. Dalam pembelajaran ilmu ekonomi, perkara ini amat PENTING difahami untuk memudahkan pengajaran didalam kelas dan menjawab soalan peperiksaan. Kerana, lebih mudah menjawab satu pembolehubah sahaja, berbanding lima. Jika tidak, sudah tentu kepala para pelajar akan berasap kerana pening lalat. *setiap pembolehubah, membawa 'pemberat/kesan' yang berbeza & bergantung kpd situasi.


Namun, dalam dunia realiti. Kita tidak boleh berpegang dengan konsep Ceteris Paribus ini. Dan, inilah kesilapan kebanyakkan pelajar akibat mereka sudah terbiasa dan lali dengan konsep ini (*Kerana, konsep ini digunakan dari pembelajaran di dalam kelas sehinggalah ke dewan peperiksaan). Padahal, konsep diatas digunakan hanyalah untuk memudahkan pemahaman dan menjawab soalan peperiksaan.


Dan, sekiranya semua teori didalam buku teks diterangkan secara praktikal didalam buku, korang rasa, berapa banyak halaman yang diperlukan? Cuba baca Buku pasal pelaburan, Hartanah, Emas, ASB dan sebagainya. Baru satu tajuk kecil berdasarkan 'pengalaman/praktikal mereka', itu pun dah beratus-ratus muka. Baru satu topik bang... (*pendidik seharusnya bukan sekadar membaca buku teks ataupun slides. Tapi, menerangkan lebih daripada itu. Murid pula, jangan mahu disuap sentiasa. Cikgu tanya soalan, last2 cikgu yang kena jawab).


Apa-apapun, aku percaya bahawa kebanyakkan mahasiswa sudah dilengkapi dengan kebanyakkan teori dalam bidang pengajian mereka. Cuma, pemahaman mereka yang harus dipersoalkan. Adakah masih ditahap sekolah atau IPT?


Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)

Saturday, February 18, 2017

Money Creation

P/s : Aku tak cakap 'credit creation', tapi 'money creation'.


Indikator BNM mencetak matawang?

Sudah terbukti sejak zaman dahulu, dinar dan dirham merupakan matawang yang paling baik & kalis inflasi. Namun, berubahnya zaman sambil ditambah dengan 'kecerdikan manusia', mereka mula menukar matawang kepada bentuk lain seperti yang digunakan hari ini. Iaitu, matawang kertas yang sah diperlakukan dengan nilainya.

Untuk BNM menambah/ mencetak wang dipasaran, BNM memerlukan sandaran minimum 80.59% rizab antarabangsa. Ringkasnya, untuk mencetak wang RM 100, BNM dikehendaki mempunyai sandaran minimum RM 80.59 dalam rizab antarabangsa.




Berdasarkan statement daripada BNM dibawah, jom kita kira berapakah wang fizikal yang boleh dicetak/ ada di pasaran;

"The international reserves of Bank Negara Malaysia amounted to USD95.0 billion (equivalent to RM426.0 billion) as at 31 January 2017".




RM 426 billion / 80.59% = RM 528.6 billion!

Ya, wang fizikal yang boleh ada di pasaran/dicetak berdasarkan ordinan BNM (sandaran minimum) ialah RM 528.6 billion. Banyak sangat kew RM 528 billion ini?

Takde la besar sangat. Malah, dana KWSP lebih besar daripada itu (more than 600 billion). Dengan erti kata lain, sekiranya kesemua ahli KWSP mengeluarkan wang persaraan mereka secara serentak (wang fizikal), Malaysia akan mengalami masalah kekurangan wang (fizikal) di pasaran.


Seterusnya, kita berbicara soal Credit Creation (*terhasil daripada aktiviti 'Hutang'). Jumlah yang mampu dicipta menggunakan teknik ini ialah   -> (RM528.6 bil / 4% x 96%). Iaitu RM 12,686.4 billion!.

Woww... Banyak kan? Tapi perlu diingat bahawa jumlah RM 12,686.4 billion ini hanyalah wujud didalam "sistem", bukannya dialam fizikal.


Kenapa menggunakan ratio 4% (wang fizikal) & 96% (credit creation)? 
*Sila lihat di dalam pic dibawah. Untuk makluman, setiap bank perlu membuat statutory reserve di bank pusat sesebuah negara. Dan, bank juga perlu membuat sedikit reserve untuk dirinya sendiri (liquidity). Selebihnya, boleh digunakan untuk aktiviti perbankan terutama memberi pinjaman (credit creation).




Penutup:

Jika ditanya padaku, antara "Hutang" & "Pelaburan", yang manakah yang membawa kesan yang besar kepada masalah kewangan hari ini?

-> Jawabku, "Pelaburan"! 
(*Berapa jumlah wang yang mampu diwujudkan oleh aktiviti 'pelaburan', aku tak sentuh sangat disini. Cuma, korang renung-renungkanlah sendiri dengan melihat harga rumah di bandar yang berharga hampir RM sejuta. Itu baru sebijik rumah tau. Dan belum lagi berbicara mengenai capital market bang...).


Dan, inilah antara sebab kenapa aku sering mengatakan bahawa ; "Masalah dunia kewangan hari ini ialah Hutang & Pelaburan". Kerana, kedua-duanya 'mencipta wang' didalam sistem dan ianya tidak wujud dialam fizikal (*Just like a "shadow"). Malah, masalah dunia kewangan hari ini juga menjadi semakin rumit apabila kebanyakkan kita hanya melihat "shadownya" sahaja, sehingga lupa alam fizikal yang ada.


Soalan ; Adakah perlu kita menghapuskan aktiviti "Hutang & Pelaburan", untuk menyelesaikan terus masalah dunia kewangan hari ini?

Jawapanku, Tidak. Tidak perlu. Cuma, aktiviti "Hutang & Pelaburan" ini perlu dikawal.

Kenapa sekadar mengawal? Bukankah, mencegah itu lebih elok daripada merawat/mengawal.
Begini, kiasan mudahnya seperti ini. Sekiranya anda menghidapi penyakit, sudah tentu anda akan mengubati dan mengawalnya daripada menjadi lebih teruk kan?. Lebih kurang begitu jugalah mengenai masalah (penyakit) dunia kewangan hari ini.

Ketahuilah, hari ini kita hidup dalam zaman "Work Hard, Think Smart & Compoundedkan". Dimana, aktiviti 'Hutang & Pelaburan' adalah sebahagian daripada zaman ini.


Rasa-rasanya, itu jelah untuk kali ini. tata... bye, bye...


Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)



Friday, February 10, 2017

"My Quotes"

Bak kata pepatah Albert Einstein.

"If you can't explain it simply, you don't understand it well enough". 


Baiklah, entry kali ini akan membicarakan mengenai ketiga-tiga my quotes. Bagaimana ianya terwujud & kisah disebaliknya.


Quote 1 :


Quote diatas ini sebenarnya berasal daripada pengalaman & pembelajaran di dalam "dunia politik kampus" semasa bergelar mahasiswa. Dan, ianya tercipta pada tahun 2014.

Sebenarnya, sejak tahun 2012/13 lagi, diri sudah terlibat dalam aktiviti organisasi & politik kampus. Cumanya, tahun 2014 semakin aktif, dimana kebanyakkan perkara yang berlaku pada tahun tersebut adalah berkisarkan dunia politik & organisasi.


Suka untuk aku kongsikan, antara kata-kata penasihat politik kampus kami (*Nama beliau adalah rahsia). Katanya, "Perancang/pemikir yang HEBAT ialah apabila orang lain tidak mengetahui bahawa sebenarnya beliau yang merancang".

Dan, "Kemenangan itu satu kejayaan, Kekalahan itu satu kesempurnaan".


Quote 2:


Kata-kata ke-2 ini pula, terhasil pada tahun 2015 selepas Quote yang pertama. Dimana, bermulanya latihan industri & pendedahan realiti dunia kewangan hari ini (*Bermulanya babak mengaitkan teori dengan dunia realiti dengan lebih aktif). 

Sebenarnya, 1st Quotes diatas amat berkait rapat dalam proses penghasilan Quote yang ke-2 ini. Sebabnya, untuk aku memahami dunia kewangan, aku gunakan pemahaman & pengajaran didalam dunia politik. Iaitu, 

"Belum tentu APA yang kita lihat (+baca/ fikir/ rasa) itu adalah yang SEBENAR.
Dan, belum tentu yang SEBENAR itu adalah yang BENAR".

Maka, terhasillah Quotes ke-2 ini yang berasal daripada "dunia kewangan". Bagi penjelasan yang lebih detail mengenai Quotes ke-2 ini, anda boleh membaca entry yang lalu di blog ini (ada sekitar 6-8 entry yang membincangkan isu ini).


Quote 3:


Dalam banyak-banyak Quotes yang terhasil setakat ini (baru tiga jew pun), Quotes inilah yang paling pelik. Sebabnya, ianya daripada "dunia mimpi" & terbina pada tahun 2016. Dan, sudah tentu bahawa Quote pertama & kedua diatas juga, banyak membantu untuk penghasilan yang ke-3 ini.


Bagi menutupi penghuraian ketiga-tiga Quotes ini, ingin aku katakan bahawa ;

Sejauh mana anda & aku memahami, bergantung sejauh mana sudut pandang kita. Adakah hanya sekadar berlegar dalam ruangan dan skop "dunia" atau sehingga ke akhirat sana?

Dan, "Telinga yang paling hampir ialah milik si pembicarannya".



Financial crisis?



Ok, point ini hanyalah 'sampingan' daripada diskusi asal kali ini. Kadang-kadang, perkara ini aku anggap ianya sebagai #Joke. Berdasarkan number diatas, dijangkakan 'kitaran kewangan' yang seterusnya adalah pada tahun 2017 (padaku, perkataan 'financial cycle' lebih sesuai digunakan berbanding 'economic cycle' untuk zaman ini)

Dan, Joke ini juga disokong oleh analisisku semasa berpraktikal di investment department pada tahun 2015 yang lalu. Well, nak buat joke pun, biarlah ada 'pointnya'.


Bagaimanakah number "91, 07, 11, 08,...." diatas dibina/wujud? Sudah tentu ada asasnya kan?

-> Yup, ada asasnya. Iaitu, number diatas berasal daripada "my IC number". And, that's why kadang-kadang aku anggap ianya #Joke. Haha!



Introvert & Dyslexia:

Point ini juga adalah 'sampingan'. Dan, detail mengenai Introvert & Dyslexia, ada ditulis dalam entry yang lalu. Dan jika dilihat, point-point sampingan ini sebenarnya sengaja diletakkan dalam entry ini. Sebabnya? Well,... 'disengajakan'~.

Sebagai golongan minority of minority, kadang-kala ianya memeningkan dan mudah dibawa arus golongan majority. Umpama~

                      


Penutup:

Sebenarnya kita tidak keseorangan. Bukan kita seorang sahaja yang bijak di dunia bagi memperjuangkan isu kewangan, politik, ekonomi & sebagainya. Sebaliknya, masih ramai masyarakat ingin bersama-sama membantu & berkongsi idea bagi memajukan negara.

Disini, aku percaya bahawa ; "Everyone is gifted. Just, some peoples don't open their packages".


=END=

#Sebenarnya, aku teringin sesangat untuk berkongsi beberapa point diatas dalam 'interview kerja' dimasa hadapan. Cuma, ianya bergantung kepada beberapa perkara seperti "Bergantung siapa yang berbicara & siapa pendengarnya".



Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)

Saturday, January 28, 2017

"Basic je pun"


"Hang nak tau tak? Bende ni, basic je pun...."


Inilah ayat nakal seorang rakan kelasku sewaktu tingkatan 4 & 5. Ya, ianya memang lawak. Apabila  satu kelas tidak mampu menjawab soalan cikgu, beliau bangun & berkata ; "Bende ni, basic je cikgu. Benda ni pun hangpa tak tau ka?. Basic jew pun... Basic!"


Hari ini, aku tertawa kembali apabila mengingati ayat nakal rakanku ini. Aku mulai sedar, ada makna yang mendalam disebalik kata-kata jenaka beliau. Sebenarnya, banyak masalah yang berlaku hari ini adalah kerana ketidakfahaman kita terhadap perkara asas. Masalah ini juga berlaku dalam agama kita. Begitu juga soal ekonomi negara. Dan, kebanyakkan masalah ini tidak akan selesai kerana kita sering melupakan perkara asas!.


Ok, kita bagi beberapa masalah untuk memudahkan pemahaman.

Soalan : "Kenapa orang kaya semakin kaya, orang miskin semakin miskin?"

Jawapannya mudah. Iaitu disebabkan sistem ekonomi apa yang kita pakai & pelaksanaan. Adakah kapitalis, perancangan pusat(gov), campuran ataupun Islam?

Benar, antara sistem ekonomi yang ada, sistem ekonomi Islam lah yang paling sempurna. Jika tak caya, korang tanyalah kat budak2 yang betul2 belajar ekonomi. If takut bias, boleh tanya non-muslim.

Btw, M'sia mengamalkan sistem ekonomi campuran (gabungan kapitalis & perancangan pusat). Dan, sistem ekonomi campuran ini di tangga ke-2 selepas Islam, sebab dia ada kelemahan. Biasala, sistem buatan manusia...

#Bab pertama, subjek ekonomi level tingkatan 4. Bab "basic"

Seterusnya, kita pergi kepada soalan yang lebih sukar dan sering diperbincangkan sehingga ke hari ini, iaitu mengenai harga rumah yang tinggi.

"Apabila harga rumah naik, permintaan terhadap rumah juga naik. Kenapa? Bukankah ianya menyalahi hukum permintaan?"

Maka, lahirlah segelintir golongan yang percaya bahawa teori/ilmu itu hanya sekadar di atas kertas. 

Jika korang benar2 belajar ekonomi, korang akan belajar mengenai 'penentu permintaan' di dalam bab ke-2, tingkatan 4. Secara ringkas, ada banyak faktor. Cuma, aku nak highlight salah satunya disini iaitu jangkaan harga di masa hadapan. (*Untuk penerangan lebih detail, hangpa boleh belajar investment dimana Present Value sama dengan Future Value -> PV = FV).


Yes, harga rumah naik adalah disebabkan oleh aktiviti pelaburan. Dan, ianya perlu dikawal. Disini, ada sebab perlunya kita mengawal aktiviti pelaburan hartanah. Sebab utama, bukan kerana aku tak mampu beli rumah. Tapi, ianya mengenai generasi akan datang. Mengenai anak & cucu kita. Mereka lebih tertekan!.

Please, jangan salah faham. Disini, aku bersetuju mengalakkan masyarakat membeli rumah untuk didiami, tapi bukan utk dijual beli (pelaburan). Dan, dengan adanya sistem ekonomi campuran yang diamalkan di M'sia, aku percaya bahawa masalah kenaikan harga rumah di negara ini boleh dikawal. Cumanya, kerajaan perlu lebih berani + tegas & berprinsip. (dalam entry yang lalu, ada aku bincangkan cara-cara untuk mengawalnya. Juga, pernah aku emailkan kepada Najib bagi cadangan TN50).

#Screenshot daripada emailku.


Disini, ingin aku tekankan bahawa hampir kesemua perkara sudah ditulis (teori) oleh orang terdahulu. Perkara ini boleh diperhatikan, apabila kebanyakkan masyarakat suka memperbincangkan idea dan pandangan tokoh yang terdahulu, termasuklah dalam penulisan Research di institut pengajian tinggi. 

Aku percaya, orang terdahulu terutama generasi yang hampir dengan zaman Nabi saw merupakan generasi yang terbaik & hebat terutama dari sudut ilmu (permahaman) mereka mengenai sesuatu perkara kerana mendapat didikan terus daripada Nabi saw sendiri. 




Sambung Study?

Kenapa kita ingin menyambung pelajaran? Soalku kepada para pelajarku, tingkatan 4 (*Sekarang ini, aku bekerja part-time sebagai guru tuisyen).

Jika kita perhatikan, majority silibus di sekolah sehingga Universiti (Diploma, Degree, Master...) adalah hampir sama. Ya, hampir serupa. Malah, skop pembelajaran anda semakin mengecil, sekecil-kecilnya. So, untuk apa kita sambung belajar sebenarnya?

Adakah untuk memperolehi gaji yang lebih tinggi (kelulusan)?
Sebab kawan pun sambung study?
Sebab, takde aktiviti selepas SPM?


Ketahuilah, sebab-sebab diatas tidak boleh dijadikan sebab utama anda menyambung pelajaran. Antara sebab utama kita sambung study ialah untuk memahami dengan lebih mendalam apa yang kita pelajari. 

Perumpamaan mudah, seperti anda membaca sebuah buku yang sama, berulang kali. Pada tahun pertama anda membaca, pemahaman anda mungkin begini. Manakala, tahun seterusnya anda membaca, pemahaman anda mungkin begitu. Dan, begitulah seterusnya. Padahal, anda membaca buku yang sama. Jika tak percaya, trylah baca buku berulang-kali. Sometime, anda akan terjumpa sesuatu yang anda tidak ketemui dalam 'perjalanan' yang lalu.

Jika dilihat, ianya 'hampir sama' dengan kata-kata orang terdahulu. Iaitu, "Apabila kita mengamalkan apa yang kita tahu, kita akan menerima perkara/ ilmu baru". Dimana, perkataan 'mengamalkan' tersebut menunjukkan perbuatan yang berulang-ulang.


Namun, harus aku akui. Kadang-kala, ianya mengambil masa untuk kita benar-benar hadam, apa yang telah kita pelajari.

Bagi isu pensyarah mengajar umpama baca buku teks, aku tak nak sentuh. Namun, apa yang aku percaya hingga kini ialah, sekiranya anda dapat A bagi subjek ekonomi semasa SPM, insyaAllah semasa di Universiti anda tiada masalah untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Kerana, silibusnya hampir sama. Malah, soalan exam di sekolah kini dah power. Tahap KBAT lagi (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi).


Isu bahasa pendidikan?

Antara persoalan lain dalam isu pendidikan ialah bahasa. Dan, bahasa merupakan salah satu cara bagi menguatkan perpaduan. Sejujurnya, sejak zaman Dr M lagi aku tidak setuju dengan cadangan pengajaran Matematik & Sains di dalam bahasa English (waktu itu, aku disekolah rendah. Dan, merupakan budak kelas pemulihan sebab tidak pandai mengeja/menulis dalam Bahasa Melayu. English, toksah tanya).

Berbicara isu bahasa ini, aku bersetuju dengan pandangan Mr Daniel Goh di FB beliau seperti dibawah:
This may come as a surprise to many but I cannot understand this obsession with English as the main medium of instruction in schools.
Don't get me wrong, I have got nothing against the English Language. How could I when it is the language I am most comfortable in and also one where I have acquired enough proficiency to cari makan in?
But I believe that this obsession is unreal and unrealistic. It is more a convenient excuse used by people who are determined to undermine the national language, Bahasa Malaysia. If these people cannot master BM, which is a simpler language, given that it is more localized and they are more native speakers with whom they can converse and practice with, after 60 years of independence, don't expect them to be able to master English well too.
I am a strong believer that knowledge can be acquired through any language, You don't have to agree with me, just ask the Germans, Japanese, French, Swiss and increasingly the Koreans and the Chinese.
In fact other than the obvious Anglo-Saxon countries of US, GB, Canada, Australia and NZ, English is NOT the main language of instruction anywhere in the world, with the possible exception of Singapore. Even in countries where English is generally spoken and understood by a majority of the population such as Germany, the Scandinavian countries and Netherlands, the main language of instruction in schools is still their respective national languages. They merely placed more emphasis on learning English as a second language.
Other than the US and UK (in finance due to London's historical role) I don't see the Anglo-Saxon countries dominating the world's industries like Germany and Japan did in the automobile industry and Japan and increasingly Korea+China do in the electronics industry. In fact, despite her so-called world class English based education system, the fate of Australia's economy is still largely dependent on how many tons of iron ore they can sell to China each year. Iron ore mined by English speakers more tahan lasak meh?
As for Malaysia,I believe we are already the second most English proficient country in Asia after Singapore. Our only challenger is the Philippines but that's only in quantity rather than quality. Even Hongkong, which is a world class financial center, don't even come close. Besides, the lack of English proficiency has not stopped Asia from outgrowing North America and Europe over the last 5 decades. Statistically, there has been very little to prove that there is any correlation between an English Language based schools system and economic development.
I am not saying that we should not learn English. Learn it by all means. Not just English but Mandarin, Tamil, Japanese, German,French, Spanish, Korean, Arabic. the more the better but it must not be at the expense of the national language.
People always mentioned about how impressed they are with Lee Hsien Loong's ability to deliver Singapore's National Day speech in four different languages but to me that's more a reflection of Singapore's lack of linguistic identity. How time wasting that must be for him and everyone concerned.
Our prime minister should never have to do that. Why should he?
Master Bahasa Malaysia first. Then we talk about the rest.

InsyaAllah jika ada rezeki, aku nak sambung study ke peringkat Master. Penulisan research dalam BM (*bukan sebab aku tak suka BI, tapi sebab aku ingin menulis kajian atas 'kefahaman' & bahasa sendiri tanpa copypaste). Tajuk researchku berkaitan dengan Quote yang keduaku iaitu :


"Masalah dunia kewangan hari ini ialah Hutang & Pelaburan".
-Hutang itu ikatan. Pelaburan itu angan-angan!.


Bak kata pepatah Albert Einstein.

"If you can't explain it simply, you don't understand it well enough".



Penutup :

Adakah semua ilmu itu perlu diamalkan?

Tidak. Contoh mudah, anda belajar cara untuk menipu. Adakah ilmu itu wajar diamalkan untuk menindas orang? Sudah tentu tidak.


Begitu jugalah mengenai ilmu kapitalis. Boleh dikatakan, kebanyakkan definisi & pemahaman yang digunakan dalam ekonomi hari ini berasaskan sudut pandang kapitalis. Dan, bukan semua ilmu kapitalis sesuai diamalkan. Disini, aku bagi 2 alasan ; Sebab pertama ialah, kebajikan masyarakat akan diabaikan (*jawapan berdasarkan silibus mengenai keburukan sistem kapitalis). Kedua, sebab generasi dan masa "akan datang" (*sila baca mengenai sistem ekonomi Islam untuk memahami sebab ke-2 ini).

Namun, usah tersalah faham. Aku tidak mengatakan ilmu kapitalis itu 100% salah. Cumanya, ianya tidak sempurna seperti Islam. Sebabnya, simple.... Ianya "human made".

Semoga aku dan anda memahami, mengapa aku katakan :
"Masalah dunia kewangan hari ini ialah Hutang & Pelaburan".







#Oh ya, aku just nak bagitau sekali lagi. Segala yang aku tulis di atas ini adalah daripada "benda basic". Ya, teorinya boleh dipelajari dari buku teks tingkatan 4. Cuma, praktikalnya bergantung kepada pemahaman & tahap dirimu sendiri. Dan, aku masih percaya. Kebanyakkan mahasiswa mempunyai kebanyakkan 'benda basic' dalam jurusan pengajian mereka, cuma kefahaman ...... (aku tidak pasti bagaimana).


Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)
Seorang Pemikir yang berpewatakan Introvert & Dyslexia. Haha!